[Cerpen] Es Aiesha

[Cerpen] Es Aiesha

 
Aiesha langsung tidak berganjak daripada sofa meskipun slot drama di kaca televisyen sudah agak lama tamat. Jelas fikirannya menerawang, bukan tertumpu pada tayangan televisyen. Di tangan kirinya ada sebuah buku tulisan Abu ‘Ashim Hisyam, Virus-virus ukhuwwah. Sebenarnya, hatinya dilambung gundah apabila menelaah setiap baris kata yang terdapat di dalam buku itu. Setiap bait-bait kata yang ditulis mengingatkan dia pada hubungan persahabatannya dengan Kinah. Kinah, seorang sahabat yang berjasa besar dalam kehidupannya sedikit masa dulu. Dialah yang menyedarkan Aiesha tentang hakikat iman, hakikat penciptaan manusia, tujuan hidup di dunia dan banyak lagi. Tanpa bantuan Kinah, dia pasti hilang arah tujuan.

 
Dia sangat menghargai setiap bantuan, dorongan dan yang lebih penting lagi ukhuwwah yang diberikan oleh Kinah. Aiesha sejujurnya mengakui, keberadaan Kinah di sisinya sepanjang dia cuba mengubah dirinya ke arah yang lebih baik telah menyuburkan rasa sayang Aiesha pada Kinah. Aiesha tidak mahu kehilangan sahabatnya yang seorang itu. Dia mahu persahabatan itu terlerai kerana kematian bahkan bersambung sehingga ke pintu syurga. Akan tetapi, petikan terakhir yang baru dibacanya tadi menggusarkan perasaannya.

 
Ukhuwwah Islamiyyah (persaudaraan islami) adalah hubungan alami sesuai dengan fitrah yang tidak menyimpang menjadi nafsu berahi, dan tidak pula menjadikan seseorang tergila-gila, bahkan tidak sampai pada batas di mana peribadi seseorang lebur dalam diri sahabatnya.

 
Perasaan gusar itu sudah tidak terbendung ketika menelusuri ayat-ayat seterusnya.

 
Bentuk lainnya adalah hubungan yang lebih berbahaya ketimbang bentuk hubungan yang baru saja disebutkan, iaitu hubungan suka dan ketertarikan sehingga sampai pada satu tititk di mana ia mencintainya ‘bersama’ Allah dan bukan ‘kerana’ Allah. Dengan hubungan seperti ini, ia sanggup melakukan beberapa amalan ‘ibadah’ untuk orang yang dicintainya.

 
Lalu, dia terperosok di sofa, memutar kembali beberapa memori bersama Kinah.

 
“Kinah, jom kita baca Quran bersama-sama?” ajak Aiesha pada suatu ketika. Ada masa-masa, dia begitu terbuai dengan suara Kinah mengalunkan bacaan Quran sehingga terlupa untuk menghayati makna wahyu Allah itu.

 
“Kinah, nanti kita bangun qiam ya,” seru Aiesha dari balik pintu. Ada kala, hatinya berbunga-bunga untuk bangkit qiam untuk bersama-sama Kinah – bukan rasa rindu untuk menghadap Tuhan.

 
“Sedapnya Kinah masak!” Pujian Aiesha melambung tinggi ketika mereka berbuka puasa bersama-sama. Dia masih ingat betapa gembiranya dia untuk berpuasa hari itu apabila Kinah ingin menghidangkan makanan kegemarannya sebagai juadah berbuka.

 
Aiesha memicit-micit kepalanya tatkala bayangan-bayangan itu menerjah ke dalam fikiran. Adakah itu cinta terpesong yang dikaburi dengan perkataan ‘ukhuwwah islamiyah’? Dia menggeleng-gelengkan kepala. Dia pejam mata sambil hatinya memanjatkan doa pada tuhan. Dia tidak mahu kembali seperti dahulu. DIa tidak mahu ukhuwwahnya dengan Kinah dinodai dosa. Cukuplah dia mengotorkan diri dalam cinta melawan fitrah sekian lama dahulu.

 
“Aiesha… “ Suara Kinah yang tiba-tiba muncul merenjat lamunan Aiesha. Dia cuba tersenyum pada gadis yang sudah duduk disisinya di sofa itu. Senyumnya terasa hambar kerana senyum itu sekadar menyelindungkan gelisah di jiwanya saat itu. Kinah bersandar sambil memegang telefon bimbit di tangan kanan. Aiesha mencuri jeling pada skrin telefon gadis itu. Kinah yang sudah lengkap berpakaian tidur mencuri sedikit masa untuk membaca surah Al-Mulk. Agak tersengguk-sengguk dia membacanya. Aiesha mengambil kesempatan itu untuk menjadi pendengar sementelah dia terasa malas untuk menuruti bacaan Kinah.

 
Kurang sepuluh minit, Kinah bangkit apabila ngantuknya sudah tidak tertahan.

 
“Jom tidur! Saya dah ngantuk sangat ni!” Selamba dia menarik lengan Aiesha sambil menutup mulut menahan kuap. Dengan emosi yang sedikit terganggu, perlakuan biasa Kinah membuatkan Aiesha melatah. Spontan, tangan Kinah yang memegang lengannya ditepis. Kinah terkejut. Tidak berkelip dia memandang Aiesha.

 
“Maaf… maaf, Es tak sengaja…” Aiesha cepat-cepat meminta maaf. Dia juga terkejut dengan tindakannya. Namun, tidak pula dia tersedar dia membahasakan dirinya sebagai Es, bukan Aiesha. Kinah bertambah terkejut.

 
“Es?” Aiesha tersentak. Baru dia tersedar. Nama panggilan itu tidak seharusnya wujud lagi. Pandangan mereka bertaut. Kenangan lalu kembali bertandang.

 

***

Demonstrasi Palestin di hadapan Bangunan Lembaga Tabung Haji (LTH) baru sahaja berakhir. Sebaik sahaja orang ramai yang terlibat bersurai dan membawa haluan masing-masing, Es segera memecut laju motorsikalnya memasuki halaman bangunan LTH itu. Dia turun dari motornya dan menoleh ke belakang. Seorang gadis berbaju labuh dan berseluar longgar hitam sedang berehat di bawah sepohon pokok api-api. Tudungnya juga labuh. Mata mereka bertemu. Es menghela nafas pendek sebelum membuka helmet.

Es melihat gadis bertudung labuh itu terpana sementelah dia menyerlahkan wajah comel seorang gadis berambut pendek ala Josh Butcherson, pelakon filem ‘The Hunger Games: Mockingjay’. T shirt longgar Es pula memaparkan sebuah gambar wanita dan tulisan ‘Real Men don’t abuse women’. Pakaiannya dilengkapkan dengan sepasang jeans paras lutut, stokin putih dan kasut sukan bertali kemas.

“Tentu dia sangka aku ini lelaki,” bisik Es perlahan apabila wajah itu masih tak lepas dari memandang ke arahnya. Sambil membetulkan rambutnya yang sedikit penyek kerana menggunakan helmet, dia berjalan perlahan-lahan mendekati gadis itu. Dari jauh dia melihat gadis itu cuba menyambung rehatnya tetapi terganggu dengan kehadirannya.

“Assalamualaikum…” Es menyapa sebaik sahaja dia berdiri di hadapan gadis itu. Gadis itu sedikit terkebil-kebil sebelum menjawab salamnya. Dia tahu gadis itu kaget lantas dia terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam. Mujurlah salamnya bersambut. Es meminta izin untuk duduk berhadapan dengan gadis itu dan memperkenalkan diri. Es berasa lega apabila keramahan yang dipamerkannya membuka ruang untuk gadis itu menyambut salam perkenalan.

“Sakinah, panggil Kinah sahaja.” Tergambar sedikit perasaan malu dan segan di wajah Kinah apabila Es mengajak bicara. Namun akhirnya, mereka semakin selesa berbincang – tentang pekerjaan, aktiviti hujung minggu, buku-buku dan filem-filem yang diminati. Es juga dapat tahu perkara pertama yang menarik minat Kinah untuk memandangnya sebentar tadi adalah tulisan di bajunya. Kinah menyangka dia ingin menghadiri demonstrasi membela hak-hak wanita tetapi tersilap ke tempat demonstrasi membela hak asasi warga Palestin. Es gelak besar mendengarkannya. Lebih melucukan hati Es, rupa-rupanya itu adalah kali pertama Kinah berinteraksi dengan gadis berperawakan lelaki sepertinya. Patutlah tak berkelip dia memandang tadi, bisik hati kecil Es.

“Jadi, kenapa tiba-tiba Es ingin belajar Islam?” tanya Kinah dengan penuh rasa ingin tahu. Ketika itu, pembicaraan mereka menyentuh hasrat hati Es yang ingin belajar tentang Islam. Es meraup wajah sebaik sahaja soalan itu melantun ke dalam telinganya. Perlahan dia mengujar kata,

“Saya ingin taubat… Sejujurnya, saya dirundung takut…” Agak bergetar suara Es. Dia mengerling ke wajah Kinah yang diselimuti kehairanan.

“Taubat?” Kinah mencari kepastian.

“Saya takut dengan dosa-dosa saya Kinah. Kesalahan besar… Maksiat… Saya ingin kembali mendekatkan diri kepada Allah. Saya ingin mengenali Rasulullah secara dekat… “ Lirih dan sayu Es bersuara. Ada bening air yang bertakung di hujung mata Es. Kinah senyap sejenak. Dia dapat merasakan kata-kata itu dibasahi keikhlasan yang datang dari hati Es.

“Kalau tidak keberatan, apakah dosa yang Es lakukan sehingga Es ingin bertaubat?” Hati Es terasa ngilu mendengarkan pertanyaan Kinah. Dia menundukkan pandangan ke bawah. Dengan linangan air mata yang laju menuruni pipi, dia menjawab dengan suara tertahan-tahan.

 
“Saya Lesbian…” Perlahan suara Es meluahkan pengakuan beraninya. Kinah tergamam.

 
“L… e… s… b… i… a… n… ?” soal Kinah dengan terputus-putus. Hatinya tiba-tiba diamuk debar, tidak menyangka gadis di hadapannya bukan sekadar seorang tomboi tetapi melakukan lebih daripada itu.

 
“Saya tidak tahu di mana harus saya bermula. Saya ingin sembahyang tetapi sudah lupa caranya. Saya ingin menutup aurat tetapi saya sedar tidak ada sehelai pun baju saya yang menepati syarat. Saya hendak beli pakaian yang baru tetapi saya malu dengan mata-mata yang memandang…” Es masih lagi tunduk, menatap daun daun kering yang berguguran di atas tanah. Mungkin seperti itulah hatinya saat itu. Kering dengan pengetahuan dan penghayatan tentang islam. Kinah bermain-main dengan jarinya sambil fikirannya ligat berfikir. Ada kala dia menggosokkan kedua-dua belah tapak tangannya. Ada kala dia mematah-matahkan jari-jemarinya.

 
“Hari ini, saya tekad mencari seseorang yang dapat mendengar luahan hati saya, dengan harapan tindakan itu akhirnya akan membuka peluang untuk saya bertaubat.” Es menyambung bicaranya apabila Kinah hanya diam di hadapannya. Es angkat muka. Ada kesan air mata di pipi yang sebahagiannya kering disapa angin petang. Dia memerhatikan Kinah yang seakan-akan tenggelam dalam ketelitian berfikir.

 
Lama kemudian, barulah Kinah menghela nafas panjang. Dia memandang tepat pada anak mata Es. Pada mata itu, terpancar harapan seiring dengan luahan Es sebentar tadi. Kinah membulatkan hati dengan keputusan yang dicapai dalam kepalanya.

 
“Baiklah… sejujurnya, saya tidak menyangka kehadiran saya ke LTH hari ini bukan sahaja untuk memperjuangkan hak asasi saudara seagama di Palestin bahkan rupa-rupanya tuhan juga mahu saya membimbing saudara seagama yang senegara dengan saya. Maha suci Allah yang membenarkan semua ini berlaku… “ Panjang lebar Kinah memuntahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya. Es membulatkan mata.

 
“Maksud Kinah… Kinah ingin bantu saya?” Cepat dia bertanya memohon kepastian. Kinah tersenyum sambil menganggukkan kepala. Spontan, Es bangkit dan terus sujud ke tanah. Sekurang-kurangnya dia tahu, sujud ke tanah itu tanda syukur pada Yang Maha Esa. Raut wajah Es benar-benar menampakkan kegembiraannya.

 
“Terima kasih Kinah! Terima kasih Kinah! Saya tak sangka!” ucap Es penuh gembira. Dia mengenggam tangan Kinah dan menggoncangkannya berkali-kali. Senyuman Kinah makin lebar melihat telatahnya. Dia membiarkan Es seketika sebelum akhirnya dia bersuara,

 
“Jadi, saya cadangkan kita mula dengan nama Es dulu… Apa nama penuh Es?” Mata Es bersinar penuh cahaya. “Aiesha!” sahutnya teruja. Kinah mengangguk.

 
“Maka mulai saat ini, awak adalah Aiesha.”

***

“Pernah berlaku suatu masa dahulu ketika zaman Nabi Luth alaihissalam… kaumnya mengamalkan cinta yang terpesong. Orang lelaki mahu berpasangan dengan orang lelaki manakala yang orang perrempuan mahu berpasangan dengan orang perempuan. Meskipun Nabi Luth cuba mendakwahi mereka agar bertakwa kepada Allah dan kembali kepada fitrah yang asal, kaumnya menolak sama sekali…” Kinah memulakan cerita pada suatu petang ketika mereka sedang duduk-duduk dan menghirup angin petang di taman. Setahun selepas pertemuan mereka di halaman bangunan LTH dahulu, Aiesha telah berubah secara perlahan-lahan.

Kini, dia sudah mula bertudung dan sering mengenakan kain sarung yang dipadankan dengan blaus yang agak labuh. Hatinya terisi dengan bacaan Quran dan tazkirah-tazkirah ringkas daripada ceramah agama, usrah mahupun daripada Kinah sendiri. Petang itu, dia yang meminta Kinah menceritakan semula tentang kaum Nabi Luth setelah seorang ustaz menyebutnya dalam satu siri ceramah tidak lama dahulu.

 
Kinah menyambung ceritanya sambil Aiesha khusyuk mendengar. Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menjadi peneman mereka berdua. Kadang-kala, ada seorang dua kanak-kanak yang bermain basikal melintasi mereka.

 
“Pada malam di mana Allah mengutuskan malaikat untuk menyampaikan balasan Allah, malaikat tersebut menyamar sebagai lelaki yang kacak. Mereka menumpang di rumah Nabi Luth dan memohon agar kedatangan mereka dirahsiakan. Namun, isteri Nabi Luth yang ingkar telah membocorkan berita itu kepada kaumnya. Lantas, rumah Nabi Luth diserbu oleh lelaki-lelaki yang tidak sabar untuk melampiaskan nafsu mereka.” Aiesha menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan perbuatan isteri Nabi Luth itu. Dia terus memasang telinga untuk mendengar cerita selanjutnya.

 
“Akhirnya, para malaikat menyuruh Nabi Luth dan ahli keluarganya yang beriman untuk meninggalkan kediaman mereka. Mereka dilarang untuk menoleh ketika kaum itu dibinasakan oleh Allah. Setelah binasa, Allah menterbalikkan bumi mereka. Laut mati itulah tempat mereka dahulu.” Ringkas Kinah menamatkan cerita. Aiesha mengeluh kecil apabila mendengar cerita kebinasaan kaum Luth itu. Dia tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika dia berada dalam kalangan kaum Luth ketika dia belum bertaubat. Mungkin dia juga termasuk dalam golongan yang dibinasakan itu.

“Saya teringat tentang saya dan dia dahulu. Nama dia Ramlah. Kami sangat bahagia berdua. Dia anggap saya sebagai seorang lelaki yang terperangkap di dalam tubuh wanita. Dia mencintai orang seperti saya dan membenci lelaki tulen kerana ayahnya seorang pendera. Kinah tahu, pernah satu masa, saya ambil keputusan untuk menjalani pembedahan tukar jantina?” Ada nada kesal dalam penceritaan Aiesha. Kinah mengucap perlahan mendengar cerita Aiesha.

 
“Kemudian, apakah yang merubah fikiran Aiesha?” Aiesha mengeluh panjang. Langit biru dipandang seketika sebelum menyambung cerita.

 
“Kami kumpul duit. Saya sibuk kerja sampai dua tiga kerja sebab mahu cepat-cepat cukupkan duit. Ramlah kerja di kelab malam di mana dia berjumpa dengan seorang doktor yang boleh melakukan pembedahan itu dengan harga yang murah. Tetapi…”
Aiesha diam sejenak.

 
“Rupa-rupanya, doktor lesbian itu telah merampas Ramlah daripada saya. Dia lebih berharta dan sudah menjalani pembedahan yang diperlukan. Ramlah pula tanpa disangka-sangka mengutuk dan menghina saya. Pelbagai gelaran dilemparkan pada saya sehingga saya malu dan benci pada diri saya sendiri. Saya bawa diri dan berfikir untuk berubah. Satu hari, saya dapat khabar bahawa Ramlah dan doktor tidak guna itu kemalangan maut. Mereka mati dalam keadaan masih bergelumang dengan dosa. Terus saya tersedar… saya perlu berubah sebelum terlambat…” Aiesha meraup mukanya selepas menghabiskan cerita. Rambut yang terurai ke depan ditolak ke belakang. Sejak setahun yang lepas, dia cuba untuk tidak memotong rambutnya seperti dahulu. Mujur ada Kinah sebagai pembakar semangat. Kinah yang sedari tadi menjadi pendengar setia mencapai Al-Quran kecil yang sentiasa dibawa di dalam beg.

 
“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita sebagai hamba yang lemah seharusnya bersyukur apabila sempat diberikan hidayah dan teguran daripada Allah ketika kita masih hidup. Cuba Aiesha tengok ayat Quran ni. Firman Allah dalam surah Furqan, ayat tujuh puluh satu… Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” Kinah memberi sedikit ruang dan masa untuk Aiesha menghayati sepenuhnya sepotong ayat pendek yang dipetik daripada kitab suci itu. Aiesha kelihatan tersentuh. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum bersuara,

 
“Sebenarnya, Aiesha jumpa banyak sangat ayat Quran tentang taubat. Setiap kali Aiesha baca, Aiesha akan rasa sangat tersentuh dan bersyukur sebab Allah masih beri Aiesha peluang untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Sungguh, Aiesha bersyukur sangat.” Kinah tersenyum senang. Dia juga berasa beruntung kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi orang yang membantu Aiesha untuk berubah.

 
“Alhamdulillah Aiesha.” Kinah mengucapkan syukur dan memeluk bahu Aiesha yang duduk di sisinya. Aiesha membalas senyuman Kinah dengan hati yang lapang. Petang itu, banyak pengajaran yang diperoleh oleh Aiesha. Sambil menikmati keindahan petang, dia juga belajar tentang keindahan taubat dan belajar tentang sejarah orang-orang terdahulu yang enggan bertaubat.

 
Alhamdulillah.

***

 
“Menarik kan buku tu?” Kinah selamba bertanya meskipun perbualan mereka berakhir agak kekok semalam. Aiesha cepat-cepat melarikan diri ke dalam bilik setelah dia tersilap membahasakan dirinya sebagai Es. Aiesha yang sedang menyuap roti bersapu kaya terencat kunyahannya. Dia berdehem kecil sebelum menjawab,

 
“Virus-virus ukhuwwah?” Kinah mengangguk. Dia menghirup air teh panas perlahan-lahan sambil menjeling sahabatnya yang seorang itu. Memang kebiasaannya mereka akan bersarapan bersama-sama sebelum berjalan ke stesen LRT Bandar Tun Razak tidak jauh dari flat yang mereka diami. Kinah akan ke tempat kerjanya di Perpustakaan Negara sementara Aiesha pula bekerja di salah sebuah kaunter di Terminal bas Bersepadu Selatan. Rutin itu baru sahaja bermula sebulan yang lalu apabila mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil bagi menjimatkan duit sewa rumah.

 
“Hmmm… menarik tetapi meresahkan hati… Kinah percaya?” Aiesha menelan kunyahannya yang terakhir dan mengelap mulutnya dengan tisu. Kinah angkat kening.

 
“Percaya apa?” Aiesha mengeluh kecil.

 
“Percaya bahawa dalam ukhuwwah sesama jantina… dalam kalangan orang yang beriman, boleh wujud perasaan mencintai yang melampaui batas? Cinta itu dikaburi dengan perkataan ukhuwwah dan mencintai kerana Allah?” Aiesha mula mempertikaikan bahan bacaannya.

 
“Macam perasaan yang Aiesha rasa semalam? Dan mungkin sekarang?” soal Kinah secara serkap jarang. Serta-merta Aiesha tersentak. Dia menggumam bibir, berat untuk mengakuinya. Mukanya berkerut, sedikit merah menahan perasaan. Reaksi itu mengundang tawa kecil di bibir Kinah. Kinah bangkit mencapai piring dan cawan yang mereka gunakan ke sinki. Dia membasuh tangan lalu bersandar di kabinet dapur sambil memandang ke arah Aiesha.

 
“Aiesha minta maaf. Sejujurnya Aiesha sangat takut. Takut dalam hati ini masih ada sisa-sisa nafsu songsang itu. Sejarah hitam yang lalu membuatkan Aiesha takut perasaan sayang Aiesha pada Kinah bertukar menjadi cinta yang terlarang. Oleh sebab itulah, Aiesha melarikan diri semalam.” Merah padam muka Aiesha menentang wajah selamba Kinah. Dia masih tidak berganjak daripada kerusi, seakan-akan punggungnya terlekat di situ. Kinah angkat bahu.

 
“Manusia ini hidup di dunia sentiasa ada bisikan syaitan. Oleh sebab itulah, manusia yang tewas dengan hasutan syaitan akan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan fitrah dan syariat. Orang yang beriman pun tidak terlepas daripada godaan ini, malahan bisikan itulah yang melahirkan alasan seperti ukhuwwah kerana Allah atau sebagainya…” Ringkas jawapan Kinah namun cukup untuk menjawab soalan Aiesha. Aiesha menundukkan pandangan. Dia kebuntuan kata-kata, tidak tahu respons bagaimana yang harus diberikan. Sebenarnya dia malu. Dia tidak menyangka Kinah menyedari perasaan yang terselit dalam hatinya.

 
“Betapa indahnya islam apabila ia telah sedia dengan tatacara hidup yang sangat lengkap. Umat Islam yang patuh pada ajarannya akan sedar hikmah pada setiap perintah Allah dan sunnah Rasulullah…” Agak panjang Kinah bermukadimah sebelum menarik kerusi di hadapan Aiesha lantas duduk dihadapannya. DIa mencuit dagu Aiesha supaya mata mereka bertentangan.

 
“Pertama, Islam mengajar kita tentang penjagaan aurat sesama wanita. Kita dilarang sama sekali mendedahkan beberapa bahagian tubuh kita daripada pandangan wanita lain meskipun ibu ataupan kawan baik kita sendiri… Jagalah aurat sesama kita, semoga displin ini mengajar kita rasa malu untuk mendedahkan diri secara berlebihan antara satu sama lain.”

 
Kinah menarik nafas.

 
“Kedua, Allah juga memerintahkan agar tempat tidur antara adik beradik lelaki dipisahkan dengan adik-beradik perempuan supaya masing-masing dapat menjaga pandangan dan aurat ketika tidur… Malahan antara sesama jantina pula, ada larangan yang menyebut tidak boleh berkongsi selimut kerana ia akan menyebabkan persentuhan antara dua orang yang berkongsi itu. Maka, kalau kita ingin mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku dalam ukhuwwah kita, jagalah juga perkara yang kedua ini. Insha-Allah selamat…” Kinah tersengih. Aiesha pula hanya diam mendengar bicara Kinah. Dia cuba mengisi hatinya dengan setiap perkataan yang keluar daripada mulut Kinah.

 
“Ketiga, hayatilah solat dan qiam kita kerana dengan penghayatan barulah kita merasa terdorong kepada perkara yang makruf dan tercegah daripada perkara yang mungkar. Dengan solat, kita membina cinta pada Allah. Dengan qiam, kita menguatkan cinta pada Allah. Mana mungkin selepas mencintai Allah, kita mahu mengingkari perintah-Nya? Secara automatik, hati kita sendiri akan kuat menolak daripada terdorong oleh nafsu jahat dan bisikan syaitan itu.”

 
Aiesha pejam mata sebaik sahaja mendengarkan bait-bait terakhir yang keluar daripada mulut sahabatnya itu. Dia meraup muka berkali-kali cuba beristighfar akan kealpaan diri. Mata dibuka. Tangan Kinah diraih.

 
“Kalau begitu, Aiesha minta maaf Kinah. Aiesha janji, Aiesha akan cuba perbaiki solat dan qiam Aiesha supaya cinta pada Allah benar-benar menjadi nombor satu… dan, ukhuwwah kita pula akan jadi ukhuwwah yang benar-benar kerana Allah…” Penuh ikhlas Aiesha menyuarakan muhasabahnya. Dia bersyukur dikurniakan seorang sahabat yang sanggup membimbingnya agar tidak tergelincir daripada jalan menuju Tuhan. Kinah tersenyum lebar. Dia suka melihat diri Aiesha yang mudah menerima nasihat itu. Padanya, salah satu sebab yang memudahkan Aiesha untuk bertaubat dan memperbaiki diri adalah karakter yang satu itu.

 
“Insha-Allah Aiesha. Kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain supaya kita berdua tetap berada di atas jalan yang benar. Banyak-banyakkan beristighfar apabila kita tersilap langkah. Sudah, jom pergi kerja!” Kinah bingkas bangun dan menepuk bahu kawannya itu. Aiesha tersenyum. Dia bersyukur, perasaannya yang gundah sejak semalam beransur lega. Dia sudah tahu langkah yang harus diambil selepas itu.

-TAMAT-

Rujukan:
https://penawan.wordpress.com/2016/01/25/pertandingan-menulis-cerpen-penawan/
http://www.jais.gov.my/article/amalan-kaum-nabi-luth
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8496-lgbt-dari-aspek-kekeluargaan

Posted in Dakwah Kita | Leave a comment

[OsemRead] Berfikir Gaya Al-Fateh

Assalamualaikum wrm.

Tajuk buku: Berfikir Gaya Al-Fateh
Penulis: Syaari Abdul Rahman

Sejujurnya saya tidak berharap banyak ketika mula membaca buku ini. Satu-satunya yang membuat saya tertarik untuk membelek dan menelaah buku ini adalah kerana promosi yang dilakukan oleh puan naqibah. Kesudian beliau untuk meminjamkan buku ini ditambah pula dengan grafik yang menarik memberi sedikit motivasi untuk menghabiskan buku ini dalam masa lebih kurang dua minggu..haha..

Catatan: Buku ini mengajar sifat bersederhana dalam menjadikan seseorang tokoh itu sebagai idola dan ikutan. Sultan Muhammad Alfateh bukanlah seorang nabi yang maksum, bebas dari segala kesalahan. Buku ini mendedahkan gaya dan fikiran Sultan Muhammad sejak kecil hingga dewasa, perkembangan akal, emosi dan rohani baginda, liku-liku kehidupan yang dilaluinya yang semuanya membentuk karakter baginda sebagai pembuka Kota Konstantinopel.

Baginda hanya kanak-kanak biasa yang memberontak ketika disuruh belajar, yang degil tidak mahu menurut kata guru, yang terburu-buru dalam membuat keputusan (di awal pemerintahan) dan lain-lain. Yang membezakan adalah apa yang dilakukan oleh Sultan Muhammad selepas sesuatu peristiwa menimpanya. Tindakan-tindakan yang diambil oleh baginda selepas dirotan oleh ulama, diturunkan takhta dan lain-lain peristiwa sentap yang menjadikan baginda seperti yang disebut dalam sejarah.

Baginda juga bukanlah menawan Kota Konstantinopel daripada scratch tetapi baginda hanyalah penyambung mata rantai yang berjaya menyempurnakan usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan oleh wira-wira jihad terdahulu. Kisah perlayaran kapal-kapalnya di darat bukanlah satu mukjizat tetapi ianya adalah satu aplikasi ilmu yang terkandung di dada Sultan Muhammad (dengan izin Allah swt). Saya tertarik dengan ulasan penulis bahawa beliau tidak menjumpai sumber sejarah yang berautoriti untuk menyokong kisah Sultan Muhammad Al-Fateh tidak pernah tinggal solat tahajud sejak akil baligh. Cukuplah dengan mengimani bahawasanya baginda adalah insan yang sangat patuh dan tunduk pada Allah swt.

Kesimpulannya, Sultan Muhammad adalah manusia biasa yang hebat, tidak mempunyai apa-apa superpower, yang telah dianugerahkan kemenangan oleh Allah swt sesuai dengan keadaaan ketika itu. Apa yang ditulis di dalam buku ini meningkatkan lagi keyakinan bahawa kita mampu menjadi seperti Al-Fateh jika kita:

1) mengambil keputusan yang betul ketika berlaku sesuatu peristiwa yang mungkin menjatuhkan integriti dan semangat kita.
2) menajamkan fikiran dengan ilmu pengetahuan yang pelbagai. (Rupa-rupanya Sultan Muhammad adalah seorang penyair dengan nama pena Avni bermaksud supporting, coming to rescue)
3) jadi manusia biasa sahaja, yang hatinya luar biasa.
4) berfikir perubahan yang kita mahu lakukan tidak semestinya menawan negara baharu tetapi asalkan ia adalah perubahan ke arah kebaikan sudah memadai sebagai permulaan.

#Osemread

p/s: sedikit ini yang saya mahu jadikan sebagai take home message. Orang lain yang baca mungkin dapat banyak atau lain daripada saya.

Wallahualam.

Posted in #OsemRead | Leave a comment

[Her-Story] The biggest achievement so far…

Assalamualaikum wrm

I thought that to juggle between a life as a matriculation lecturer and a ‘murabbi in the making’ is the hardest for me but i forgot to take another dimension of myself into account. Me as a writer. Haha, look at this stinky site. I hardly touched my lappy to write new stories since i began my career.

Ok, lets go straight to the point. Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. I would like to announce that my first try on writing a novel had paid off. The novel entitled ‘Satelit High 1000’ was declared as the third place winner of a space science novel writing competition organized by Dewan Bahasa dan Pustaka and Agensi Angkasa Negara Malaysia. This is so far my biggest achievement in writing.

Chenor-20141223-00471

Lets read what the judges think about my manuscript.

Satelit High 1000-Manuscript Report

“This manuscript shows a very intelligent idea such as the role of space science technology in the satellite system, a friendship among multiracial kids of the community, citizen’s solidarity in facing a crisis, family ties and determination to overcome difficulties, besides the hard effort made by all members to fruit a success. The story are described through a group of children at the age of eleven who are trying to save a city of Johor Bahru from the fall of Satelit High 1000.

The protagonis character named Muhammad Aslam are dynamic and progressive. He is a computer master, which he learnt a lot from his father, Prof. Zul. In his attempt to save Johor Bahru from destruction, Muhammad Aslam was helped by his friends, Fasha, Faisal, Hup Seng dan Abang Wan (a form 6 student).

The plot was developed in fine pace, straight forward with suspense elements that excite the readers.

In the aspect of space science, the narrative surrounds the stories of a soon-to-fall satellite caused by the interception of moon and sun eclipses. The satellite as the main basis of the story are told starting from its introduction until its climax and resolution. This become the strength of this story which made this manuscript as a science fiction.

Languange-wise, the language use are smooth and suitable for children. Less errors in spelling, vocabulary and foreign language.

The story take place mostly at Banglo Arham, where the children operate their mission to save the Johor Bahru from destruction.

The writer use a variety of writing techniques to develop a direct-approached storyline. The use of dialogue, monologue, flashback, flash-forward and suspense electrify the readers.

As a conclusion, this manuscript has the potential as a science fiction piece for children because it was delivered in a simple yet high pace with a touch of thrill, and the elements of conspiracy, betrayal, tragedy and survival.”

-Haha, it is sure a very long report for my piece. Thank you judges for your thought. Pardon me if i failed to translate correctly in some part. This is spontaneous-styled blog post…hehe

Whatever it is, i praise Allah for this unexpected win. It is a great honor to sit with a group of talented writers such as Muzaf Ahmad, Rosli Muhammad Ali, Nazry Salam, Kaljit Kaur, Rohaidah and Kholid. To quote someone, i would like to produce a better piece after this. Thanks.

Posted in Dakwah Kita | Leave a comment

[Her-Story] Selamat Hari Raya, Abah

Assalamualaikum.

This piece is written unedited after what happen during one Hari Raya visit. And, yes…the verses of the Quran about parents keep rhyming in my head for a while. Alhamdulillah, after all this years, it might be a good time to forgive and accept. To quote Hlovate, “Everybody has a past, everybody lives a present, everybody deserves a future.”

Some Hari Raya stories,
are not as beautiful as we want it to be.
Embrace it, and we’ll be happy.
Insha-Allah.

To my father,
This is the tenth Hari Raya you are not here.
Wow! Actually, I’m quite surprised
I don’t really counting myself how many years had passed.

I recalled myself crumbled on one of your birthday
Weeping all night, studying in grief
I ask you to come to my school
And you said no, quite clearly because mom’ll disapproved it.
Is it so?
You can sneak out to meet your girlfriend but not to meet your child?
I was sixteen. I needed my father.

And this Hari Raya, they said we are terrible children
For not searching for you
For stop thinking about you
For disregarding the fact that you are still alive
somewhere in town.

I wonder,
Have you spent at least a second per day thinking about us?
Picturing us growing, maturing, thriving?
If you ask me, I do so think about you
Each time I encounter a happy father and his child,
They remind me of my time with you
All until the last time we stumbled upon each other,
You failed to recognize me as your own kid.
And so,
Who is terrible now?

Tell me,
Is it not horrible to let your kid begging their father to just come home?
Is it not horrible to neglect nurturing your nagging kid into a responsible adult?
Is it not horrible to withhold your new contacts from your kid?
Is it not horrible for you to finally made your kids gave up on you?
Is it not horrible for your actions that made they think your kids are terrible not you?

To my father,
We’re all grown up today
We’re all out of school and starting to bring comfort to mom,
who have suffered a lot back then.
Only if you realized this day is coming
You’ll regret what you have been missing.
This Hari Raya is a great Hari Raya for us,
Apart of visiting them.

I do of course,
Acknowledge your kindness and greatness
Your excitement to celebrate my birthday, finding me a cake and so,
Your expenses of waiting me at the school gate on my earlier days at high school,
Your delightful approach of comforting your moping child,
Your hug and smile, your support and comfort…

And for that reason,
I forgive you and I accept the past.

And I hope so,
Deep in your heart you really want to come home
Deep in your heart you regret what you have done
Deep in your heart you are missing us all along
Deep inside you is a very good father.

Please,
Find some space to forgive me
Of writing this, outpouring all I’ve been feelings
Despite me, myself have not been a good kid to you
while you were around.

Some Hari Raya stories,
are not all about forgiving and forget
Sometimes it is about forgive and accept
We’ll be glad insha-Allah.

Selamat Hari Raya, Abah.

-simply written unedited on August 2014.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.”     [al-Isra’ 17:23]

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik daku pada waktu kecil.”     [al-Isra’ 17:24]

 

-tanah90
Jengka, Pahang.

 

 

 

Posted in Dakwah Kita | Leave a comment

[Cerpen] Pelangi Kita, Bulan Kita

Assalamualaikum wrm.

Cerpen ni pada mulanya saya tulis semata-mata untuk sebuah sayembara..namun semakin saya fokus pada cerita saya, semakin saya jatuh hati pada subjek penceritaan saya. Lebih-lebih lagi salah seorang sepupu saya (second cousin) merupakan kanak-kanak istimewa juga. Memang seringkali dia terbayang di fikiran sewaktu saya siapkan cerpen ini. Pada akhirnya, memenangi sayembara ini mungkin suatu bonus tetapi berjaya menjadi antara 100 karya terpilih akan buat saya sangat gembira. Lebih kerana cerpen ini adalah tribute untuk mereka yang menjadi sebutan saya dalam cerita ini.

So, enjoy!

[Cerpen] Pelangi Kita, Bulan Kita

Semput! Terserlah staminaku yang lemah apabila ditarik untuk berlari sejauh 200 meter oleh Hilal. Dia pula kelihatan bertenaga dan penuh keterujaan, mengheret langkah kakiku ke hujung padang Sekolah SAFI. Aku kira stokin kelabu dan kaki seluar hitamku pasti penuh tertusuk daun semalu apabila kami berhenti nanti. Mujurlah hari masih lembap dek hujan sebentar tadi. Tidaklah aku dan Hilal berhujan peluh pula.

“Hilal, sudahlah tu…Kakak penat,”pintaku tercungap-cungap. Namun, dia seakan tidak peduli. Hanya mentertawakan aku sambil dia terus menuntunku untuk berlari sama.

“Hilal sayang…”panggilku lagi. Sengaja aku lepaskan gengggaman tanganku untuk menarik perhatiannya. Lariannya terbantut. Dia berpaling dengan muka berkerut. Ketara muncung bibirnya. Sambil berpeluk tubuh dan berdiri tegak, dia merenungku marah. Aku pula terbongkok-bongkok, cuba meredakan nafas yang kencang.

“Kakak penat, sayang! Kita tengok dari sini je la. Kat sini pun nampak pelangi.” Aku cuba memujuK. Namun, tak mudah memujuk insan istimewa seperti Hilal. Meskipun sekali pandang, dia mungkin kelihatan normal, namun hakikatnya dia mengalami masalah perkembangan akal. Lebih tepat lagi, Hilal adalah insan autism.

“Nak pelangi! Nak pelangi!” Hilal mengulang permintaannya sejak kami minum petang tadi. Aku gigit bibir. Tubuh berusia tiga belas tahun itu aku raih lembut. Hilal sedikit degil dan cuba membantah. Dia membatukan diri. Aku tersengih dengan responnya. Salah teknik ni, aku berbisik dalam hati. Sambil berdiri di sisinya, aku tunjuk pada pelangi yang terlakar indah di dada langit. Mata Hilal mengekor hujung telunjukku.

“Tu pelangi.” Aku berbisik di telinganya. Perlahan-lahan aku tarik tangan kanannya yang kejap di dada. Aku luruskan telunjuk kanan Hilal agar mengarah ke arah yang sama. Dua minggu dikelilingi insan-insan istimewa di Sekolah SAFI ini sudah cukup memahamkan aku tentang keperluan visual dalam komunikasi bersama mereka.

“Kita tengok pelangi. Kita duduk kat sini, boleh?” Aku arahkan pula tangan kanannya ke rumput-rumput yang menghijau di sekitar kaki kami. Hilal tunduk. Dia melilau seketika. Sekejap dia melilaukan pandangan ke langit yang melatari sang pelangi. Sekejap dia memerhatikan pula permaidani hijau di bawah. Lama juga aku menunggu sehingga akhirnya, dia akur. Sama-sama, kami melabuhkan punggung. Rumput masih sedikit basah namun tidak pula menjejaskan kami berdua.

“Cannnn…tikk! Cantik! Cantik!” Hilal teruja. Dia melepaskan tawa sambil memaut lengan kananku. Kepalanya dilentokkan ke bahuku sambil matanya tak lepas pada pelangi di atas sana. Tercarik senyuman di wajahku melihatkan telatahnya. Aku melunjurkan kaki supaya kepala lututku tidak menganggu Hilal yang ingin bersandar di sisiku.

“Cannn…tikknya pelangi kakak! Cannn..tiknya!” Tidak jemu-jemu Hilal memuji. Makin lebar senyumanku, Makin banyak sayu yang bertandang di hatiku. Senyum kerana telatah jiwa suci ini membahagiakan petangku. Sayu kerana hati bersih ini sangat menghayati keindahan Tuhan yang satu. Dan, semuanya mengingatkan aku pada seseorang yang mirip sepertinya. Suara Hilal akhirnya beransur-ansur hilang. Aku tenggelam dalam lamunan.

***
I

Dari bulan ke Pencipta-Nya

Malam gelap, awan berarak. Kata orang, itu tandanya nak hujan. Bagi aku, masa inilah paling mengujakan untuk mengintai hadirnya sang bulan. Munculnya sekejap cuma, hanya untuk mereka yang benar-benar menghargai. Malam itu, sang bulan bertambah cantik dengan awan menggebu di kiri dan kanannya.

“Cantiknya,” pujiku spontan sambil melabuhkan punggung ke satu-satunya kerusi batu yang ada di bumbung Pangsapuri Pulai Utama, bangunan kediamanku sejak dua tahun yang lalu. Sejak ibu bapaku meninggal dunia, di situlah aku berlindung memandangkan adik-beradikku yang lain memilih untuk tinggal di luar negeri. Lagipun, pangsapuri ini lebih dekat dengan Sekolah Rendah Taman Sri Pulai, tempat aku mengajar.

“Macam gitulah bila lihat Allah nanti!” Aku tersentak apabila pujianku bersahut. Aku toleh ke belakang. Wajah seorang wanita bertudung labuh enam puluh inci menyapa mata. Kelihatannya, dia baru sahaja keluar dari ruang tangga yang menuju ke tingkat bawah pangsapuri. Dalam samar malam, aku agak usianya lebih kurang usiaku juga; dalam pertengahan dua puluhan.

“Apa maksudnya?” Aku bertanya kurang faham. Dia tidak menjawab terus tetapi berjalan ke ruang kosong di kerusi yang aku duduki.

“Boleh duduk?” Aku senyum, lantas mengangguk. Sejujurnya, aku tidak sabar mendengarkan jawapannya namun aku kekal menunggu. Dia melemparkan senyuman manis kepadaku sebelum mengatur kata.

“Dalam sebuah hadis ada disebutkan apabila Rasulullah S.A.W ternampak bulan, baginda bersabda, macam itulah bila kita lihat Allah di akhirat nanti…” Ringkas dia bercerita namun aku masih keliru. Mungkin ilmu agamaku yang cetek menghalang aku daripada menyerap masuk perkongsiannya itu.

“Tak faham ye?” Aku tersengih, lebih busuk daripada kerang yang sering menjadi mangsa perumpamaan senyuman yang buruk. Aku tersipu-sipu dalam gelengan.

“Rasa kagum. Rasa menghargai. Rasa mencintai kecantikan. Semuanya hadir bila kita melihat bulan malam ni kan?” Dia berhenti seketika, mengalu-alukan aku untuk mengangguk, menyetujui kenyataannya. Aku memandang wajahnya, menanti sambungan.

“Semua rasa itu akan kembali lagi apabila kita dapat lihat Allah pula. Malah, mungkin lebih dalam lagi perasaannya bila kali itu, kita jumpa Yang Menciptakan bulan pula,” terangnya lembut sambil mata tertancap pada sang bulan. Aku sedikit terkelu sesudah dapat menangkap maksud yang dia ingin sampaikan. Sungguh dalam sekali.Terus menangkap ke jiwaku. Dari sebuah renungan pada sang bulan, aku dibawa terus untuk merenung sebuah pertemuan dengan pencipta-Nya. Sebuah pertemuan yang hanya berlaku andai aku cukup beriman dan bertakwa. Pertemuan di syurga tertinggi dengan ganjaran tertinggi. Melihat wajah Allah, yang menciptakan bulan. Juga yang menciptakan aku.

“Apapun, kita tak betul-betul kenal lagi. Saya Asma’. Baru je pindah kat flat ni. Tingkat empat. Kerja kat sekolah SAFI.” Ringkas dan padat dia membuka ruang perkenalan, terus mematikan monolog dalamanku. Sekali lagi, aku menghadiahkan sengihan basi. Tergagap-gagap, aku membalas.

“Insyirah…eh, insyi je…eh, nak panggil insyirah pun boleh…”Kalut jawapanku, mengundang tawa kecil di bibir dia yang baru kukenali sebagai Asma’.

“Nak panggil Insyi ke Insyirah?” Aku tersenyum malu. Perlahan aku menjawab.

“Insyi je.” Dan, kami terus berbual. Tentang aku dan kehidupanku. Tentang dia dan kehidupannya. Malam dua haribulan lima tahun dua ribu menjadi saksi.

***
II

Sayang Awak Fillah (SAFI)

“Patutnya, Sekolah Sayang Anakku Fillah kan? Kenapa tulis sayang awak fillah?” Aku meluahkan kemusykilanku tentang interpretasi Asma’ yang berlainan dengan maksud sebenar akronim SAFI. Sekolah SAFI ditubuhkan khas untuk menaungi anak-anak istimewa sama ada kecacatan anggota ataupun kecacatan akal. Dan aku masih ingat nama panjangnya ialah Sekolah Sayang Anakku Fillah. Asma’sedang menulis nama dan tempat kerjanya di mukasurat pertama novel The Kite Runner, karangan Khaled Hosseini. Sesekali angin petang di bumbung pangsapuri kami membuatkan beberapa helaian pertama novel itu terselak. Sejak pertemuan pertama kami, menghabiskan sisa-sisa siang di situ sudah menjadi rutin harian kami berdua pula. Asma’ menyungging senyuman di bibir sambil tangan kirinya menutup novel di tangan. Belakang tubuh disandar pada kerusi batu.

“Sebab mereka bukan anak-anak saya. Tak bolehlah nak panggil sayang anakku fillah. Saya selalu cakap pada mereka, sayang awakkk semuaaa fillah. Lagipun ada yang dah sebaya dengan budak sekolah menengah. Macam tak sesuai nak jadi anak saya,” ujar Asma’ sambil tertawa kecil. Ada sinar bahagia di wajahnya tatkala ungkapan sayang awak fillah itu diucapkan. Dia sempat mengerling ke wajahku yang nyata terkesima dengan jawapannya. Aku gigit bibir sambil memandang figur yang bergelar guru pendidikan khas itu.

“Tau kan apa maksud sayang awak fillah?” Aku mengulum senyum, tersipu-sipu. Fillah. Satu jargon yang selalu kedengaran di telingaku namun tak pernah pula aku peduli untuk memahami maksudnya.

“Err…kalau saya jawab tak tahu?” soalku teragak-agak. Asma’ mengulum bibir sebelum menjawab.

“Ermm…kerana Allah. Sayang awak kerana Allah. Seperti doa yang selalu kita baca di penghujung mathurat. Ya Allah,kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami…kerana Allah, kita sayangkan semua orang. Kerana Allah, kita doakan semua orang. Kerana Allah, kita tolong orang. Sebab kita duduk dalam dunia yang sama. Berkongsi langit yang sama, pelangi yang sama, siang malam yang sama, bulan yang sama. Dan Allah juga.” Panjang lebar penjelasan Asma’. Terkebil-kebil aku melayan kepetahan bicaranya. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Okay. Saya faham bahagian tentang sayang ‘kerana Allah’ tu atau tolong orang ‘kerana Allah’…” Sempat aku membuat gaya dengan kedua-dua jari hantu dan jari telunjukku membentuk simbol ‘buka ungkapan’ dan ‘tutup ungkapan’.

“Yang saya tak faham…kenapa mereka? Kenapa anak-anak istimewa tu yang jadi pilihan?” Aku terus ingin menagih jawapan.

“Sebab…” Dia menghela nafas perlahan. Kemudian, dihirupnya pula udara petang dalam-dalam. Sesekali tudung labuh enam puluh incinya terbuai-buai ditiup angin. Begitu juga selendang yang tersarung di kepalaku.

“Sebab mereka tu permata-permata yang Allah pinjamkan sekejap ke dunia. Besar pahalanya kita menyantuni mereka. Lagipun, saya harap… andai ditakdirkan Allah menarik balik nikmat sihat anggota atau akal saya, Allah tak tinggalkan saya sendirian di dunia…Kerana apa yang saya tahu dan faham, insan-insan istimewa itu bukan wujud suka-suka. Mereka hadir memberi peringatan pada kita. Setiap yang kita punya di dunia ini milik-Nya. Datang daripada Allah, akan kembali bila-bila masa sahaja kepada-Nya.” Lirih suaranya menyentuh kalbu. Tak pernah terfikir di kepalaku untuk berfikir sejauh itu. Sedikit demi sedikit rasa insaf menyelinap masuk ke dalam hati. Hati manusia seperti aku yang sering alpa. Sering terlupa. Pada Allah.

“Okay. Awak pula cerita. Kenapa nak jadi guru? Dan, kenapa subjek kimia yang jadi pilihan kalbu?” Sedikit bermadah Asma’ menjuruskan perbualan tentang kehidupanku pula. Aku tersengih lebar. Mula-mula, aku tak tahu dari mana hendak bermula. Namun, tanpa sedar, aku sudah pun rancak bercerita. Berkongsi cerita, berkongsi petang.

***
III

Pelangi Kita, Bulan Kita

Dua tahun kita berkongsi cerita, berkongsi ruang. Kadang-kadang disaksikan pelangi. Kadang-kadang bersaksikan sang bulan. Namun, satu perkara aku tak pernah tahu. Asma’ menghidap penyakit ketumbuhan di otak. Tiadalah sesiapa yang patut disalahkan dalam hal ini melainkan diriku sendiri. Sepatutnya, aku sudah dapat menduga sejak kali pertama dia bercerita tentang pelajar-pelajar istimewanya. Tentu dia terbayangkan dirinya dalam setiap anak-anak itu.

“Manusia. Bila sesuatu perkara itu terjadi pada diri mereka atau orang-orang yang terdekat pada mereka, barulah mereka sedar.” Bait-bait ini pernah diucapkannya di suatu petang. Aku masih ingat kala itu, dia bersedih hati apabila Sekolah SAFI kekurangan dana untuk membina blok baru. Kebanyakan penyumbang merupakan ahli keluarga pelajar atau syarikat-syarikat swasta yang prihatin. Jarang-jarang ada individu-individu yang dermawan datang berkunjung. Hari ini, baru aku sedar. Mungkin sahaja dia sebenarnya sedang bercakap tentang dirinya sendiri.

“Asma’…” Lirih aku menyebut namanya. Dia datang dalam hidupku tanpa dipinta. Tatkala dia mahu pergi, aku tak bersedia. Ironinya.

“Insyi…” Suara lemah itu bersuara. Aku tersenyum hambar memandang empunya suara yang terbaring di atas katil hospital. Wajah pucat tak berdarah, bibir kering mengelupas, rambutnya juga kelihatan tak bermaya meskipun sudah kusisir rapi. Mujurlah dia diberikan bilik persendirian, terjaga sedikit auratnya.

“Kenapa menangis?” Dia cuba mengeluarkan suara. Riak risau terpancar di wajahnya. Aku pula, gatal hendak bersedih di tepi katil. Sangkaku, Asma’ lena dalam lelapnya. Cepat-cepat aku menyapu titis air mata yang berlinang di pipi. Aku geleng perlahan.

“Tak ada apa. Terimbau kenangan lama. Dari awal perkenalan kita. Hingga akhirnya berada di sini. Takdir yang tak pernah terjangka,” jawabku sayu. Terlukis senyum di wajahnya yang pucat lesi. Dia cuba menggenggam erat tanganku yang terjangkau dek jari jemarinya. Namun, lemahnya cengkaman jari-jarinya sungguh terasa.

“Insyi masih duduk di bumbung tiap-tiap petang?” Aku mengangguk. Kalau boleh, aku mahu dia berehat sahaja. Tak perlu berbual. Rehat sahaja.

“Rehatlah banyak-banyak. Nanti dah sembuh, boleh kita duduk sama-sama.” Aku cuba mematikan perbualan. Penuh berhati-hati aku mengangkat sedikit kepalanya, aku tepuk-tepuk sedikit bantalnya. Kemudian, aku betulkan pula selimutnya. Malam itu, giliran aku menemani dia. Sukarela aku menawarkan diri untuk bergiliran dengan ibu bapa Asma’ yang kini menghuni rumah Asma’ di pangsapuri Pulai Utama. Pelawat-pelawat lain seperti kawan-kawannya daripada Sekolah SAFI, jiran-jiran dan saudara-mara lain hanya dibenarkan masuk ketika waktu melawat sahaja. Tiba-tiba, Asma’ menahan tanganku. Dia kembali menggenggam lenganku. Kali ini, lebih kejap.

“Kalau saya tak dapat temankan Insyi lagi, Insyi jangan duduk seorang. Ajaklah orang lain temankan awak…” Aku dihentak debar. Paling aku tak suka bila orang yang aku sayang berpesan-pesan begitu. Lebih-lebih lagi ketika mereka sedang terlantar sakit. Sebab aku tahu. Itu tandanya mereka sudah bersedia untuk pergi.

“Apa Asma’ cakap ni?” Aku bersuara tidak selesa. Aku bersandar kembali ke kerusi plastik merah di sisi katil.

“Saya nak awak kongsikan pelangi kita, bulan kita pada orang lain. Biar benar-benar jadi milik kita semua. Biar orang lain pun merasa cinta, rasa menghargai, syukur dan segalanya.” Aku geleng kepala.

“Awak sembuh, kita buat sama-sama.” Aku cuba berkeras untuk mengabaikan kata-katanya. Aku dengar dia mengeluh perlahan dengan kedegilanku.

“Saya takut saya lupa. Awak tahu, kan? Risiko untuk saya hidup normal meskipun pembedahan berjaya sangat tipis. Lebih baik cakap sekarang…” Aku ketap bibir. Air liurku terasa kesat. Sukar untuk aku menerima kenyataan itu.

“Kena terus berharap dan berdoa,” tegasku perlahan. Asma’ tersenyum nipis. Pandangannya difokuskan pada aku. Dia menarik sedikit tanganku, tanda dia mahu aku melihat ke wajahnya.

“Hei, tengok sini,” pintanya dalam tak terdaya. Perlahan, aku alih mata terus menatap wajahnya.

“Janji dengan saya, awak akan buat apa yang saya suruh?” Air liurku terasa semakin kesat menuruni kerongkong. Wajahnya memancarkan harapan. Sedikit sinar di mata terus menantikan jawapan. Akhirnya, aku akur. Keputusan yang tanpa aku ketahui, akan memberi impak yang besar dalam kehidupanku.

Tujuh belas April tahun dua ribu dua. Pembedahan Asma’ tidak berjaya. Berlaku komplikasi yang meragut nyawanya. Aku merelakan pemergiannya.

***
“Ya Allah..jangan kau biarkan hati ini rindu padanya lebih dari aku rindu pada-Mu..” Ucapan sayu meluncur perlahan dari mulutku. Hatiku saat itu benar-benar dipagut rindu yang amat sangat pada dia. Itulah padahnya bermain dengan memori. Aku pejam mata seketika, cuba menghilangkan ngilu di hati. Sekilas aku menoleh pada Hilal yang sudah tertidur di bahuku. Ah, terubat sedikit rindu di hati.

“Janji sedang kutunaikan, Asma’…” Aku pandang pada pelangi yang semakin memudar dimamah senja. Berkongsi cerita, berkongsi tentang Pencipta. Bukan sahaja pada anak-anak istimewa seperti Hilal, tetapi pada pelajar-pelajar di sekolahku juga. Sungguh, keindahan alam perlu dikongsi dengan semua. Biar semua orang kenal pada pencipta. Lebih-lebih lagi manusia yang berakal sempurna.

“Pelangi dah hilang…” tutur Hilal kecewa. Dia yang baru terjaga seakan mamai. Terpisat-pisat dia menggosok mata sambil mencari-cari kemana perginya sang pelangi. Aku kira sudah tiba masanya kami berangkat pulang. Hilal ada rutin yang perlu dituruti. Aku mengajak dia bangun.

“Esok, kita cari lagi.” Pendek jawapan yang aku beri sambil menuntunnya pulang. Senja sudah berlabuh. Hari ini sudah berakhir. Namun, esok masih ada. Esok, aku akan kembali lagi. Kembali menunaikan janji. Kerana sebenarnya aku rasa beruntung. Rasa bertuah. Rasa bersyukur. Pertemuan dengan Asma’ banyak menyedarkan aku betapa seharusnya aku bersyukur dikurniakan akal sempurna. Dan, betapa besarnya keprihatinan yang perlu sebuah akal sempurna tumpahkan pada yang kurang sempurna. Ianya suatu tanggungjawab yang perlu dikerjakan. Maka, janjiku pada Asma’ akan tetap berjalan.

-Tamat-
tanah90, 24/4/2014

Posted in Cerpen | Tagged , , , , , | Leave a comment

[Cerpen] [Short Story] Perompak Hati, The Heart Thief

Assalamualaikum wrm.

First time tulis dalam English. Obviously not from scratch, just a rewrite atau reconstruct daripada cerpen Perompak Hati yang saya tulis suatu masa dahulu. tiga tahun lepas kalau tak silap. Bagi matang sikitlah kan sebab dulu tulis macam mushy sangat.. hehe.

There are always two sides of a coin,
so does our heart.
Enjoy!

[Short Story] The Heart Thief

The song ‘Qabil dan Habil’ by Hijaz immediately bombs up in my Proton Iswara when I start the engine. It was parked pretty much close to my mutarabbi’s house whose also named Hijaz. I relax a while on the seat just to excuse some tiredness I acquired from my job as a Chemistry lecturer at Sungai Kicap Matriculation College and conducting my usrah right afterwards. As my Blackberry 9780 caught my attention, I grab it from the dashboard and straight away open my twitter apps. And, there he is. Tweet from a popular blogger known as Enjel-Patah-Gigi. He is my fellow brothers-in-Islam, who is also on the path of dakwah and tarbiyah .

‘Tolong tolong! Saya dirompak!’
‘Hah?? Siapa rompak? Apa yang dirompak?!’ *cemas*
‘Ikhwah perompak. Dia rompak hati saya.’
Senyum.

So, the tweet said. I found myself in a broad smile, even broader than the smile of Joker from Batman Series. Why is that? That is because I felt that label ‘perompak’ applied the most to me as I was once called ‘perompak’ back in my schooldays… except back then, it was on different term.

******
Veryyy long time agooo…

“It’s all yours, was it?” The voice is bothering me again. I look at him standing beside the stairs. Since we are on the top floor of the hostel, the wind is pretty strong. I can see his ‘baju melayu’ waving.

“Which ‘it’ are you referring to?” I ask sarcastically while raising my left eyebrow. It is not an insignificant question anyway; I need to know which troubles I caused that captured his attention. But… I actually do know which event he is talking about; must be the one that forced the warden to call the ambulance. A form two boy who I hit for pleasure was found unconscious in the laundry room… with bleeding nose and bruises all over his body. However, it is not because of my ‘hit and run’ action that knocked him out. It is because I made him smelled the chloroform. Haha. I grin while I recall the event, which upsets the guy in front of me.

“I know you do understand me. You beated Ruslan, did you? Why Faiq? He didn’t do anything wrong to you.” I can hear angry tone in his voice.

“Do you have any proof then?” I reply, still in my sarcastic tone and maintained grin. I have no intention to deny his accusation since it was really my doing. Everyone knows that but no one has comes forward with evidence. My status as teachers’ pet due to my intelligence and talent in playing football secures me as well. They genuinely think I would be the next Didier Drogba, Malaysian version. Like, seriously??

“Proof? Why would you need proof when we have Allah to prove it? He is watching us right now, nothing can escape Him. He is the CCTV.” I pull my face away. I make sure my heart is as hard as stone before I answer to him, or instead of him maybe I could say his name which is Hafiz.

“That is fairly a good speech by you… a star prefect! Now, please don’t mind my business. Take care of your own.” I start to feel bored with our conversation as the same questions are thrown to me every time he confronts me. It feels like you are watching the same drama again and again. Poor me! Hafiz shows no sign of giving up.

“Come on Faiq. Tell me, why? For the past four years, you were behaving well. Why all of sudden you changed? What happened to you really?” Hafiz attacks me with a bunch of questions. I feel upset. This is the sort of feeling that can turn my temper switch on. I can feel my fingers slowly form a puncher.

“Stop asking question and leave me alone, please… “ I breath heavily. Anytime now, my puncher will fly. Hafiz takes a deep breath.

“I can’t leave you alone, Faiq. Please, let me help you.” Hafiz ask. I clinch my teeth. Help? I don’t need any help. No one had ever helped me when I need help the most. My parents’ divorce left me powerless. No one had helped me back then. When finally I got power by being what I am today, you want to help? Thanks but yuck! I throw a punch at Hafiz’s chest. He falls on the floor, trying to hold the pain. He is suffering, bending his body like lobster on a hot pan, so I better make my leave.

“Next time, it is you in the ambulance.” I give him a sharp glimpse before running down the stairs. Next in my teasing plan has something to do in ironing room. Let Hafiz know. Muhammad Faiq never stops.

*****
“ It is unbelievable! We now have a thief in SMK Bebas Pencuri!” Sir Harun Ar-Rasyid or commonly known as Sir Har opens his speech at the morning assembly. His voice is intense. His eagle eyes coldly look at each student in every queue. I raise my left eyebrow while stalking on other students’ reactions. It was obvious that all of them are still left in the dark, no understanding of what Sir Har is talking about. Which robbery had involved students from their school? Habib Jewels, wealthy people, or bank?

“I am not referring to a thief who robs valuable things. What I mean is… “ Sir Har speaks word by word, projecting how serious he is about the issue.

“A thief who robs others’ peacefulness by creating troubles, commotions, bullies and so much more. He also robs our time to clean up his mess, robs our safety and leave us in terror, fear that we might be his next victim… he robs our pride as a community until we doubt each other’s trust. In brief, he is a thief who robs our heart and breaks our psyche.” The speech was so clear that it annoys me. I bite my lips. I sure know that Sir Har is talking about me. Since his first arrival two weeks ago, I am not as free as I used to be. The phrase ‘teacher’s pet’ does not exist in his dictionary. Additionally, he was also assigned as a discipline teacher, always a few seconds behind my back after I finished making trouble. He may not able to find me yet but I still dislike his speech. I take my black-framed glasses off and the world instantly disappears into a blur, including Sir Har’s face.

“Sounds familiar, huh?” A cynical voice reaches my ears. I stun a bit before acting normal again, trying to cover my initial response. Hafiz is standing close to my body so I can hear his whisper. I smirk at him.

“Dare to care? Impressive!” I reply back. Hafiz grins, like he is expecting that kind of answer from me. He pats my back a couple of times and walks back to the line of school prefects. I breathe out some unsatisfied feeling. The grin on Hafiz’s face irritates me. I feel like he has no fear of me which is a no-no situation. Everyone should feel scared when I am present. That is a must and if anything opposite happens, I will do anything to turn it the other way around. Sir Har’s speech is now out of my attention. I busy myself trying to pull something that should shake and warn everyone including Hafiz.

“Dee, give me your pencil lead case,” demand me from the boy standing in front of me. I know he has one because he always brings his bulky stationary case wherever he goes. Without asking further question, Dee passes me his Stabilo pencil lead case. I take my ruler from the back of my organizer and a number of orange rubber bands from my pocket. I use some tricks to make a handmade rubber band-bulleted pistol and finally, smile at my handwork. Carefully, I hook a rubber band at the end of the ruler, stretch it backwards and hook it on the Stabilo. I hold my pistol tight and ready for action. I search for my first target which was pretty easy since we are in school hall. I pull the bottom end of Stabilo and here we go…

“Ouch!” The scream starts. I fire my rubber bands one after another and I kind of enjoy the situation. The silent atmosphere suddenly turns into a chaos. Sir Har speech closure hangs. He startle at the unexpected event. Teachers get up from their seats and looking at us panicking.

“Ouch!” I hit someone’s cheek.

“Ouch!” Another hit on someone’s head.

“Ouchhhhh!” A girl get a hit on her back. And the ‘ouch’ continues for a few minutes before someone twists my arms to the back and push me to knee on the floor. What the heck…

“Stop it!” Here he is again. All students are looking at us right now. Pufff! Don’t look at me! I am not a celebrity!

“Let me go!” I try to escape but it seems that Hafiz holds me firmer. And out of sudden, Sir Har and the principal are standing right in front of us.

“Muhammad Faiq Danial, surprise, surprise…” Sir Har raises his left eyebrow like I used to do. Jerk! I scream inside.

“Bring him to my office,” order the principal. And so, my ‘very-close’ friend drags me out from the hall, watched by a school of spectators. What an epic fall, I guess.

*****
It has been a week since my arrestment. I got to wash all students’ laundries for two weeks, helping in the dining hall’s kitchen for a month and some more ‘charity’ work as my punishment. I don’t mind all of that. The real impact that hits me is I am back to who I am when my parents first divorced. A powerless, rejected person. The students are no longer afraid of me. Some of them are courageous enough to tease me. They pour ketchup in the washing machine, switch off the washing machine while it is running, and the worst part of all is calling me the ‘heart-thief’. I hate the name. I keep my mouth shut and as far as I can remember, I only speak when the teachers ask me to answer their question in class. There are still some teachers who still love me; my mischievous behavior during last assembly is considered as naughty pranks only. But… the numbers are not enough for me to have my good reputation back. So, here I am now. Ruined.

This afternoon, as I am washing dishes at the back of the kitchen, Hafiz approaches me, holding his food tray. I suspect that he is going to throw the food on me but he didn’t. He smiles and asks if I would like to join him eating lunch. I am surprised but I attempt to hide it.

“No!” I give him a short answer. I feel uncomfortable actually. He is coming with some friends. I am emotionally mashed up. I feel guilty as they are also my victims in one of my ‘crimes’. I am embarrassed too because back then, I was too much cocky. Hafiz does not response to my answer. He walks to the table where his friends are seating. Once in a while, I glance at him and so does he. I took a deep breath when I see Hafiz and his friends are walking towards me. There is no food tray this time so I don’t have to worry about being poured with leftover foods. Rizal speaks first.

“Faiq, you are too busy in the kitchen. Let’s have some fun, shall we?” I am blurred. I stop my work and look at them in puzzle. Rizal’s intonation sounds friendly but I used to practice same trick to lure other students into my trap. Realizing that I did not understand what they mean, Hairul opens his mouth.

“We are planning to go for bowling this evening. And Hafiz here, promises to buy us an ice cream each before we come back.” Hairul said with a big grin on his face. Hafiz chuckled. I give a narrow smile. It is hard to believe that someone is asking me to go outing with them after what I have done. Most surprising is that the person asking is the one that get me caught, not to mention red-handed. I am not convinced.

“And why me? I am the ‘heart-thief’, remember?” I try to remind them but all they do are laughing. Hafiz pats my back and says,

“There is another meaning to ‘heart-thief’ you have not explored yet. It can be the definition given by Sir Har or it can be the opposite… “

“You can start exploring the new meaning of ‘heart-thief’ by joining us this evening,” Rizal trying to assure me. I am moved at how pure their hearts are. They are ready to forgive and forget my wrongdoings. In addition to that, they also are happy to support me and get my life straight again by introducing the good ‘heart-thief’. I never thought of a good ‘heart-thief’ before. If there is a good ‘heart-thief’, it is my second chance. I am more than willing to take it.

“So you think I can be a good ‘heart-thief’ and clean up my name?” I am sick of being the troublemaker anyway… especially when I lose my power. Maybe it is time I try to be good again. All three of them nod their heads.

“But, only if…” I raise my left eyebrow for that. Is there any terms and conditions applied? “Only if?” Hairul smile at my impatience.

“Only if you ask for it from Allah.” Hairul completes his sentences while his friends agree. And for the second time, I am touched. The word Allah has long lost from my life. To hear it after a very long time (except when there is Azan) almost make me tear. I am satisfied.

“Okay.” I agree to the plan and we are deal.

*****
And so that is my story as a heart-thief. Soon after that, the name ‘heart-thief’ is still my nickname but it is then on good term. After I join happy circle or also known as usrah, I totally forgot about that until Enjel-Patah-Gigi brings up the topic. It feels good to recall that memory and I found Hlovate’s quote,

Everyone has a past. Everyone lives a present. Everyone deserves a future.

to be true. I love the fact that I am now a heart-thief who steals other people’s heart to bring them closer to Allah and building up another generation of heart-thief.

Knock! Knock! Knock!

I turn my head to the right and Hijaz is standing there. I lower down the window and hear him asking.

“Why are you not leaving yet? Is there any problem?” I smile.

“I am just relaxing for a while. I am leaving now, my dear bro,” reply me. I lower the handbrake and start to drive. As the song Qabil and Habil plays for its tenth time, I hear Hijaz shouting,

“Drive carefully my dearest murabbi. I’ll be missing you!” I grin while I elevate my window back and continue driving.

The End
p/s: pardon my grammar, thanks!

-tanah90

20140301-160530.jpg
A little trick from my childhood.

Posted in Cerpen | Tagged , , , , | Leave a comment

[Her-Story] Kisah dulu-dulu ‘featuring’ Misha Omar

Assalamualaikum wrm.

Pernah suatu masa dalam hidup saya, sangat saya ‘ínto’ artis. Saya suka lagu-lagu cinta, saya paling minat penyanyi Misha Omar sampaikan saya pernah berdoa dia menang Anugerah Juara Lagu (which she didn’t, haha). Saya pernah ada buku lirik lagu di mana saya gunting lirik lagu pilihan dalam suratkhabar ataupun majalah dan tampal dalam buku tersebut. Saya pernah jugak buat buku skrap Misha Omar dan Abby Abadi. Dalam diari pelajar, sepatutnya kena tulis catatan perhimpunan ataupun kerja rumah tapi haiii…saya penuhkan dengan gambar-gambar artis dan lirik-lirik lagu. Meja dalam kelas? Pun samaaa…kecuali tahun 2006 waktu Piala Dunia Bola Sepak (saya penuhkan dengan gambar-gambar Pasukan Jerman terutamanya trio Ballack, Podolski dan Klose).

Itulah zaman di mana saya tak peduli sangat siapakah menteri-menteri yang tersenarai dalam kabinet, berita-berita tentang bencana alam, isu semasa yang sedang melanda negara apatah lagi mengetahui perkembangan umat islam (bukan sekadar perkembangan, sejarahnya pun). Faktor utamanya mungkin kerana saya hidup di zaman satu rumah satu televisyen. Tambah pula waktu saya sedang meningkat remaja, Astro menjadi kewajipan pada yang berkemampuan. Duduk pula di asrama, ada geng untuk bersembang kencang tentang dunia hiburan, majalah-majalah hiburan yang dipinjam dari kawan-kawan se’dorm’ untuk menambah pengetahuan dan pelbagai lagi sumber.

i guess everyone around my age were pretty much the same back then, yes? Dan bagi saya, semuanya berubah bila saya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

*****
“Kenapa Misha Omar idola awak?” Soalan itu buat saya tersengih. Datangnya pula dari seseorang yang baru saya kenali beberapa minggu. Malah, itulah kali pertama kami keluar berdua kerana saya ada urusan yang perlu diselesaikan di bandar. Dia menemani saya memandangkan saya masih baru di situ dan belum mahir selok-belok bandar. Betul, kejadian ini berlaku beberapa minggu sahaja selepas saya tiba di negara tempat saya melanjutkan pengajian. Malah, ianya berlaku sebelum saya diserap masuk ke dalam bulatan gembira lagi.

20140211-173250.jpg
kredit

Dengan penuh keyakinan, saya lantas menjawab, “Sebab saya suka dengan kisah kejayaan dia. Dia gagal memenangi Bintang RTM, dapat tempat ketiga je tapi dia berjaya bangkit dan mengangkat kariernya melebihi bintang yang menjuarai Bintang RTM ketika itu iaitu Azharina. Malahan, dia satu-satunya penyanyi yang dapat kalahkan Siti Nurhaliza. Bukan sekali tapi dua kali.” (Ayat dibina semula meengikut tatabahasa).

Figur di sebelah saya tersenyum sambil mengangguk. Sambil melintas jalan dan tangan menolong saya menjinjing barang, dia pun membalas. “Oh, tapi kan…dalam islam ramai lagi yang boleh dijadikan idola..macam para sahabat. Kita ada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali.”

Sengihan saya tidak mati tapi kaku. Tersengih kerana tidak tahu bagaimana untuk membalasnya. Nama-nama yang disebutkan memang tidak asing di telinga saya tetapi itu hanyalah kerana mereka disebut di dalam buku teks Pendidikan Islam, Pendidikan AlQuran dan Assunnah dan mungkin juga ada dalam Pendidikan Syariah Islamiah.

*****
Hari ini.

Peristiwa hampir lima tahun yang lalu itu mungkin bukan penyebabnya Misha Omar dan penyanyi-penyanyi lain hanya tinggal sejarah. Akan tetapi, setelah di’chlorox’kan (bak kata Hlovate) dengan usrah, barulah saya faham kenapa para sahabat yang disebutkan oleh insan dalam cerita di atas ini lebih layak diperbualkan, dijadikan ikutan dan dicontohi keperibadiannya. Malah, saya sangat gembira bilamana dalam salah satu usrah bila kami tadabbur satu ayat yang membuatkan saya terfikir susahnya kita ini nak menghafal Quran sedangkan lirik lagu mudah sahaja lekat di ingatan, saya jadi teringat pada kisah dulu-dulu tentang buku lirik lagu saya. Saya gembira kerana saya pasti saya sudah tak ingat satu pun lagu dalam buku tersebut apatah lagi mengingati setiap patah perkataan dalam lirik lagu tersebut.

Saya ada sebutkan semuanya berubah bila saya tinggalkan Malaysia. Yep, mungkin itu salah satu faktor keadaan sekeliling yang membantu saya meninggalkan zaman ‘gila artis’ kerana di tempat baru bersama kehidupan baru, kita jauh dari tempat lama dan isi kandungannya. Walaubagaimanapun, tidaklah seindah itu hidup saya. Dari jahil kepada tahu dalam sekelip mata selepas join bulatan gembira. Masih ada karat-karat yang susah nak ditanggalkan seperti ketagihan pada drama-drama dan anime-anime Jepun, ketagihan bermain permainan video, etc.
Hari ini. Saya masih berusaha meninggalkan kehidupan itu di belakang. Kerna faedahnya terlalu sikit untuk menjadi bekalan saya di jalan tarbiyah ke arah Allah, jalan yang saya pilih ini. Saya berharap benar, ianya menjadi kisah dulu-dulu dan bukan lagi kisah sekarang. Amin yarabbal alamin.

Adapun begini, eloklah kiranya saya tutup entry ini dengan dua rangkap ayat cinta yang dipetik daripada naskhah AlQuran dimana pada saya, sangat related to apa yang saya ceritakan di atas ni. wallahualam.

“Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah) celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat.” (2:138)
– sangat merasa benarnya bahawa tiada corak kehidupan yang lebih baik daripada islam. Dalam konteks artikel ini, sungguh dunia hiburan dan artis pujaan sangatlah tidak berbaloi untuk dijadikan sibghah.

“Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah: sedang orang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab di akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahwa sesungguhnya Allah maha berat seksa-Nya, (nescaya mereka tidak akan melakukan kezaliman itu).” (2:165)
-moga-moga (saya berharap dan berdoa) untuk mencintai Allah seperti orang-orang yang beriman yang disebutkan ini.

nanges…T_T
-tanah90

Posted in Her-Story | Tagged , , , | Leave a comment