Kita Follow Up Bukan Touch n Go

Bismillah,

Demi matahari dan bulan yang silih berganti. Tanda ada hikmah di sebalik diciptakan masa yang beredar. Maka, manakah hamba yang tidak mahu melihat dan mencari makna dan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ciptaan yang indah dan mengasyikkan ini?

Dan masa semakin berlalu..hingga tiba hari ini: satu hari di hujung Oktober.

Saat ini, tanyalah pada semua ikhwah dan akhawat yang nombornya tersimpan dalam handphone kita. Atau berchattinglah dengan mereka yang tersenarai dalam friend list di fb/ym mahupun skype kita. Semuanya akan mengkhabarkan deru-deru ombak tsunami DF dan proses tajmik yang bersembung-sambung dan berantai tak putus-putus. Mungkin tak perlu tanya pada yang jauh tapi tanyalah pada yang berada di sekeliling kita i.e usrahmates/kakak atau adik2 penggerak kita sendiri. Kobaran semangat mereka ibarat periuk nasi yang sedang menggelegak. x dapat tertahan meski telah ditutup dengan tudungnya.

Dunia DnT yang saya lalui terlalu muda untuk menafsirkan apa yang disusun namun tidaklah susah untuk menyimpulkan saat ini [saat daun gugur ke tanah dan salji mencair di jalanan] ialah saat kita bekerja mengikat dan menyentuh hati-hati baru. Sibuk dengan meeting..sibuk susun program..sibuk turun padang ke rumah adik-adik..calling2 lain kira..

Revise balik PMS 2009: adik-adik terlalu ramai [semua org kata adik dia perlukan PMS] sampai kena buat PMS di tiga tempat. Gambarannya sudah cukup jelas ini hasilnya pekerjaan tadi. Hasil kita pulun tiga bulan sentuh hati adik-adik kita dan bina adik-adik pelapis kita.

Atau yang baru sahaja berlalu, KYS 2011. Gamaknya yang dilihat orang, adik2 jadi lebih rapat dengan kakak selepas program tetapi saya tafsirkan hadaf yg satu itu sebenarnya dah tercapai sebelum KYS bermula lagi. Bermula dengan pelukan hangat menyambut ketibaan mereka sehinggalah berpijaknya mereka di pintu masuk Oasis Lounge. Kerana ‘langkah kerja’ yang kita gerakkan ini, kita berjaya mendekat pada tercapainya hadaf itu tadi. Cuba bayangkan kalau kita tak menghulur kasih pada mereka sebaliknya hanya muncul menyebarkan flyers poster program. Agak-agak mereka akan terasa nak pergi? Entah-entah nasib flyer tu sama macam ‘junk mail’ yg lain.

Namun gelombang positif ini seolah mudah surut dari lautan dakwah. Berakhirnya musim air membeku, ramai di kalangan kita ikhwah mahupun akhawat tenggelam bersama salji yang mencair. Senyap sunyi tanpa berita, komunikasi tercela, sibuk program kawasan katanya. Ruh baru yang dibawa pulang dari program winter semakin kambus hari demi hari dek ditimbus dengan kesibukan ‘bekerja’ [buat report aktiviti, balas emel itu ini, syura dgn duat kwsn sendiri pun online, sibuk dgn study pula]. Adik-adik menganga menanti suapan yang bermakna sementara adik penggerak tercari-cari sang pemandu arah.

Akhirnya berlakulah the worse condition: Touch n Go!

Dah penat bermain di ladang hati, membaja benih, akhirnya pucuk yang tumbuh tak terjaga. Bagaimana nak mengharap ada buah ranum yang menanti untuk dipetik? Adik-adik dah semangat dengan apa yang kita bagi, ISK, PMS, GF..tapi akhirnya hati-hati mereka dibiarkan tak terjaga. Bila merudum, jawabnya senang: adik tu tak bersedia lagi!

Seolah-olah setelah berakhirnya PMS bermakna tugas kita sudah selesai. kemudian, semuanya bagaikan bergantung pada mujahadah dan TZ masing-masing.

Di mana proses follow up?

Pagi tadi sempat menonton The World Strictest Parent: rancangan yang disusun untuk mengubah remaja yang terjebak dalam gejala sosial menggunakan ibu bapa angkat yang tegas selama seminggu. Di hujung dokumentasi dipamerkan perubahan-perubahan yang dilalui oleh remaja terbabit. Namun, ada sesuatu yang bermain di fikiran saya. Mampukah perubahan yang dibina selama hanya seminggu sahaja mampu memberi impak pada kehidupan remaja terbabit selamanya? Sedangkan ketika dokumentasi The Biggest Loser US yang disiarkan baru-baru ini pun memaparkan kisah pemenang musim ketiga [dilatih selama 6 bulan] akhirnya kembali obes semasa follow up selepas 5 tahun meninggalkan rancangan tersebut….

Inikan pula PMS yang akan berlangsung selama 4 hari?

Dan yang paling dekat ISK yang akan berlangsung selama sehari sahaja.

Atau tak perlu cari program tapi tengok yang kita buat saban minggu. Usrah…-Ada tanya khabar, ada call atau ziarah in between dua usrah? I mean selain drpd call nk minta tolong and tnya availability untuk next usrah. Kalau ni pun x lepas…

Perlukah kita menunggu adik-adik yang sudah kita spark dengan light of faith, cahaya islam, perubahan bermakna, hebatnya cinta dengan Allah dan macam2 lagi membuat segalanya dengan sendiri tanpa panduan. After dua tiga tahun baru nak follow up? Ada formula ke yang dpt elakkan mereka jadi macam peserta The Biggest Loser tadi? Obes dengan jahiliyyah balik? Malah mungkin yang dah mula nak bergerak akan lari. Suka ke? Tak ingat pesan Hasan AL-Banna? Hilang satu kader bermakna hilang lima kader yang berada di bawah kader tadi. Kalau lima kader tadi ada kader yang sedang dijaga maka semakin banyaklah yang hilang.

 Kita nak belajar berjalan dulu pun mak kita support kita tau! tepuk-tepuk tgn sikit bila kita jalan satu dua langkah. Bila kita jatuh, mak bangunkan kita and suruh kita try jalan lagi sekali.

Manusia aka kita semua ni pun Allah turunkan Alquran dan utuskan Rasulullah saw utk jadi guidance, bukannya kita buat sendiri semua.

Dah kalau dah mengaku ikut jalan Rasulullah saw, kenalah buat follow up pada hati-hati yang baru ni,,tak kiralah kawan ke, housemate ke, roomate ke, usrahmate ke atau adik usrah or adik peggerak sekali pun. Sebab apa? Sebab Rasulullah sendiri buat follow up. Kalau jumpa para sahabat di tengah jalan, pasti Rasulullah akan tanya: apa khabar pagimu ya fulan? Atau selepas subuh, Rasulullah akan bertanya, siapakah yang telah melawat Allah hari ini? [maksudnya melawat orang sakit]

Jadi kita pun nak buat benda yang samalah kan. FOLLOW UP! Agar mereka tidak keciciran.

Bukanlah nak kata ikhwah akhawat zaman sekarang ni dah tak mau buat follow up tapi sekadar mengajak semua orang berfikir dan reflect. Tak mau kita jadi robot dakwah yang buat program baru objektif tetapi nak kita buat objektif baru program. Di sinilah pentingnya follow up. dimana kita dapat cater concern2 yang timbul and raisekan hadaf so that dapat tolong setelkan concern2 yang timbul tadi. Baru, program yang sesuai dirancang! Bukannya fikir ikut taqwim. Bukannya fikir masa usrah je kita membina, luar usrah dan program kita berhenti membina.

Inilah realiti dakwah kita zaman sekarang. Terumbang-ambing dilambung ombak. Ramai yang terjun ke dasar tak timbul-timbul. Dan kelasi-kelasi kapal dakwah yang teguh berlayar sepanjang masa tidak banyak.  Daei yang bergerak seperti ini teruskanlah pekerjaan yang mulia ini, manakala daei yang sekejap timbul sekejap tenggelam ni marilah mencari titik tolak untuk kita kembali suburkan gerak kerja kita. Jom! Saya dulu pun pernah je daei yg touch n go tapi semakin kita explore hikmah orang tua [pengalaman sendiri dan kakak] kita akan nampak ke mana jalan dakwah ini: what is dakwah all about.

Jom jadi KITA yang follow up bukan KITA yang touch n go.

“…Tuhanku tidak akan mengindahkan kamu kalau tidak kerana ibadahmu, (tetapi bagaimana kamu beribadah kepadaNya?)…” (25:77) 

-mujahid Allah

10 50 pm @zhilal

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Dakwah Kita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s