Selagi ada daei, demokrasi tidak mati

Bismillah..

Yeay, sudah ada banyak masa utuk menghidupkan kembali laman ini.

Jom…lets start with pasca PRU-13.
YE!! BENAR! SAYA SOKONG PR MEMBENTUK KERAJAAN.. 🙂

Bukan bermakna saya menentang Barisan Nasional. Pemimpin berwibawa masih kedapatan dalam saf pimpinan BN, masih ada dalam kalangan mereka yang tidak zalim dan amanah seperti Dato’ Saifudin dan Dr. Puad Zarkashi. Walaupun PR menang undi popular dan menambah pemilikan kerusi parlimen, ianya dibayar dengan mahal…dalam keterpaksaan, perlu menumpaskan calon-calon BN berwibawa dlm usaha menawan Putrajaya. Di Johor sendiri, pada mulanya saya gembira dengan kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah namun bilamana PR tidak mampu membentuk kerajaan Johor,timbul rasa kecewa kerana sebelumnya, Datuk Abdul Ghani (BN) merupakan Menteri Besar yang baik.

Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan semata-mata kerana persempadanan kawasan parlimen yang memihak kepada mereka. Rakyat kecewa. Mereka buat perhimpunan blackout 505 tanda matinya demokrasi di Malaysia. Dalam hal ini, dp fb saya hanya hitam selama sehari. Selepas seorang akh memberi taujih yang berbunyi lebih kurang begini,

“Kalau antum bersedih sebab PR kalah, maka antum sama seperti rakan-rakan kita di luar sana, antum adalah politician, antum perlu kembali fokus. kalau antum sedih sebab tidak daya menahan kezaliman pemerintah, maka antum adalah daei…”

yes. kita adalah daei. kita memang sokong PR, tapi bukan kerana manifesto PR yang kita imani, atau tokohnya yang kita sanjungi (wlpun sy admire Dato’ Husam tahap tujuh lapis langit)..tapi kerana kita yakin PR lebih jauh dari pemerintahan yang zalim…bagi seorang daei, demokrasi masih belum mati…pemerintahan demokrasi berlandaskan alquran dan sunnah hanya belum terlaksana, bukan mati…selagi ada insan-insan yang wujud memperjuangkan yang haq baik dari PR mahupun BN, kita masih ada harapan untuk ubah, islah dan mengreformasikan rakyat dan negara. selagi daei wujud…

Ada yang berpendapat, tidak perlu ke stadium untuk memperjuangkan demokrasi…percayalah pada sistem kehakiman Malaysia yang telah dibuktikan tidak berat sebelah. Yang melaluinya, jenayah Mr. Khir Toyo dibongkar, fitnah Utusan Malaysia tidak menjadi dan Anwar Ibrahim terbukti tidak bersalah. Pendapat ini tidak salah, malah seharusnya ia menjadi dokongan mereka yang berpengetahuan luas dan berpandangan jauh serta matang fikirannya.

Pada saya, secara peribadi saya menyokong perhimpunan tersebut bukan kerana tidak percaya pada sistem kehakiman Malaysia. Tetapi, dari kaca mata seorang yang ingin melihat islam tersebar dan tertegak, ini adalah salah satu cara yang menurut perkiraan saya bersesuaian dengan waqi’ sekarang. Zaman Rasulullah saw dulu, ada fasa rahsia dan terbuka. Kemudian, tiba waktu islam disebarkan melalui perang dimana setiap kerajaan yang dikunjungi ditawarkan dua perkara; islam ataupun perang. Kemudian, tiba pula masa islam disebarkan melalui ilmu pula. Segala buku diterjemah, gambaran waktu itu penterjemah buku adalah antara profesion terkaya. Sampai kita akhirnya memegang dua pertiga dunia. Kalimah lailahaillallah tertegak di muka bumi bila kita menjadi ustaziatul alam. Pada era ini, saya melihat perhimpunan aman tersebut sebagai cara yang dipercayai oleh rakyat. Impak Arab Spring memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawasanya demonstrasi aman mampu menegakkan kebenaran. Inilah mediumnya…medium perubahan bagi orang awam.

Saya akui. kerja kita masih banyak. biarpun siapa yang menang, kerja2 pengislahan masih perlu berlangsung. Orang2 awam telah membuktikan mereka mampu menjadi agen perubahan biarpun mereka sekadar membuang undi dan menghadiri perhimpunan aman..sedangkan kita masih perlu bekerja keras dalam usaha melahirkan pemimpin yang adil, saksama dan tuntas berkhidmat untuk rakyat. Malahan, kita perlu bekerja juga untuk mendidik orang awam terutamanya mereka yang sudah menyokomg perjuangan kita agar mereka dikukuhkan kefahaman tentang kesyumulan islam. Keputusan PRU 13 menyedarkan saya bahawa kita terlalu leka berada dalam kalangan orang2 yang berintelektual tinggi dan ’embrace’ islam as the way of life sedangkan masih ramai di luar sana yang masih belum mendapat sentuhan islam seterusnya tidak menggunakan neraca islam dalam memilih pemimpin. Malahan dalam kalangan mereka yang memilih untuk mengundi PR pun masih ada yang ketirisan nilai-nilai islam dalam diri. Memang selayaknya, kegagalan PRU 13 ini menjadi kilat yang menyambar ruang berangan dan pesona seorang daei.

Jom muhasabah?

Malaysia ini ibarat kota konstatinopel. Untuk menawannya, kita bukan sahaja perlukan pemimpin terbaik, tentera terbaik malah rakyat terbaik. Maka, muhasabahnya untuk diri saya hari ini: ubahlah…mula dengan diri sendiri..dan selamatkan Malaysia.

tanah90
PGCE student, University of Nottingham
1704

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Dakwah Kita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s