[Travelog Umrah] Madinah 2.0

Bismillah.

Alhamdulillah berkesempatan menyambung coretan pelajaran yang saya peroleh waktu di Bumi Nabawiyyah.

Malu pada Rasulullah saw

Tiga hari di Madinah, saya sempat bertamu di Raudhah sebanyak dua kali. Dua-duanya diselubungi perasaan hiba kerana biarpun berpeluang menunaikan solat dua rakaat di situ, ianya datang dengan kelukaan hati saat melihat pengunjung lain bersesak-sesak. Masing-masing kelihatan begitu pentingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keadaan orang lain. Pada kali kedua saya di sana, saya telah ditolak ketika sedang mengangkat takbir. terkejut dan rasa trauma seketika sebab rasa macam akan tenggelam dalam gelombang manusia yang menghimpit. Saya rasa bersalah pada makcik yang sedang menunaikan solat di sebelah saya sebab impak pada tolakan tu, saya tertolak beliau sekali. Paling menyedihkan sebelum kami dibenarkan masuk, taklimat telah pun diberikan oleh pegawai yang bertugas tentang adab-adab waktu di raudhah. Namun, sebaik sahaja pintu dibuka semua orang meluru masuk tanpa menunggu arahan pegawai.

Bila pulang ke hotel dan menonton siaran masjid nabawi yang pada ketika itu sedang menayangkan kawasan Raudhah (lelaki), saya tertarik dengan muhasabah salah seorang kawan saya. Katanya, “tengoklah orang lelaki. Mereka begitu tenang menjejakkan kaki ke Raudhah. Kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Mungkin sebab tu, perempuan tidak dibenarkan masuk sepanjang masa. Kalau tak, sepanjang masa tak ada waktu tenang kat Raudah tu.”

Ya saya akui benar. Seorang akh pernah berkata, “Mungkin sebab itu Allah masih belum benarkan Islam tertegak di muka bumi ni.” Selagi kita masih ada rasa self-centric, kita takkan upaya menegakkan islam kerana Islam itu untuk semua, lambang perpaduan kaum dan bangsa. kerana satu akidah; yang berbeza cuma takwa.

Dalam kehidupan seharian pun, kadang-kadang kita tak sedar kita sedang pentingkan diri sendiri. Betul tak? 😉 senyum pahit.

Will continue on Makkah inshaAllah….

tanah90
PGCE Student, University of Nottingham

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Kembara Cinta. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s