Sadaqah ya sadaqah

Assalamualaikum wrm.

Beberapa hari menjelang Ramadhan, Allahuma balighna ramadhan. fuh…fuh..fuh…inshaAllah akan merasa pengalaman berpuasa approx 16 jam di bumi UK.

Selalu yang kita ingat bila Ramadhan ialah nak puasa sebanyak mungkin (bagi yg perempuan), nak khatam quran, nak solat terawih tapi malam ini saya nak share satu lagi punca pahala bulan Ramadhan iaitu sedekah.

Alkisahnya, beberapa hari lepas saya beli set meal di sebuah fast food restaurant yang offer £5 for food + drinks. Saya ambil sebotol soft drinks untuk set meal tu tanpa menyedari bahawasanya kalau nak ambik soft drinks dalam botol, kena byr additon 30p. (Note: pelanggan boleh ambil sendiri air yang dinginkan dari peti sejuk) Bila saya sedar saya silap, saya takut nak patah balik. Jadi teringat nasihat ustaz Azhar Idrus (ceramah psl harta awam). Katanya, kalau takut atau malu, cari jalan untuk kembalikan harta atau duit tu tanpa diketahui. Jadi, saya susun pelan baik-baik hari ini untuk beli set meal + additon 30p tapi air yang saya ambil lebih murah dari harga yang saya bayar. Alhamdulillah, well-executed. Saya berjaya lembalikan 30p kepada kedai tersebut.

Jadi dalam poket ada £1.70. £1 akan digunakan untuk bayar tambang bas pulang. Tengah-tengah tunggu bas, ada seorang hamba Allah ini meminta sedekah. Katanya, nak beli sandwich. Tindakan spontan saya? Malu nak cerita….Sebenarnya, saya cuba memalingkan diri dari dia…sobsss. Tapi entah kenapa, Allah swt gerakkan dia jugak untuk tegur saya walaupun saya tak pandang dia. Dan secara spontannya, kerana saya waktu tu dah berkecamuk dengan rasa malu pada Allah swt, rasa bersalah dan macam-macam rasa…saya keluarkan baki 70p dalam poket dan serahkan pada peminta sedekah tu.

Alhamdulillah, reaksi wajah si penerima sangat-sangat menginsafkan saya. betul-betul buat saya terharu. Sebaik sahaja saya letak 70p tu di tapak tangan dia, dia kira duit dia dah cukup ke tak nak beli sandwich. Sobsss, saya rasa nak menangis sebenarnya bila ingat balik.

Sepetang, saya cuba ingat-ingat respons Allah swt dari kitab cinta-Nya terhadap tindakan saya tadi.

“Tahukan kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka, itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menolong memberi makan orang miskin. Maka, celakalah orang yang solat. (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya. Yang berbuat ria. Dan enggan memberikan bantuan”. (107:1-7)

Gulp. First time dapat ayat ni waktu saya first year. Ustaz A yang bagi. Terngiang-ngiang satu isi penting yang beliau sampaikan. Katanya (in my own version), sebab Allah memilih untuk specifickan anak yatim dan orang miskin ialah kerana mereka itu adalah golongan yang lemah di dunia ini. Kalau kita tak mampu nak tunjukkan keimanan kita dengan tolong orang-orang yang lemah, maknanya iman kita sangat buruk.

Sama juga mesejnya yang saya recall bila menonton filem Sang Pencerah. Dalam salah satu scene, seorang penuntut bertanya kepada tuan gurunya, berapa kali mereka perlu mengulang ngaji surah yang sama (al-maun). Jawab tok gurunya, apakah kita sudah buat yang sebaiknya pada anak yatim dan orang miskin? (again, in my own simplified words)

Reminder ini datang berulang-ulang…apatah lagi kini menjelang Ramdhan. Saya rasa mesejnya sgt jelas. Saya ini dah lama lupa pada mereka yang lemah dari saya. Lupa juga nak bersyukur pada Dia yang mengurniakan rezeki. Astaghfirullah. Rasa bertambah-tambah malu bila mengenangkan saya cuba mengelak dari peminta sedekah tadi. Saya kata pada diri sendiri, takkan waktu umrah je bak sedekah banyak-banyak. takkan nak tunggu Ramadahan datang, baru nak sedekah? Sobbssss…

Hurmmmm…saya bersyukur atas peringatan ini. Semasa menaip, saya tanya pada kawan saya. “Bila sebut Ramadhan, amalan apa yang terlintas?” Jawabnya, “ngaji, jaga percakapan dan satu lagi solat terawih.”
Saya tersenyum. As expected. Sadaqah ya sadaqah…jom include dalam mutabaah Ramdhan yok? Moga menghasilkan momentum untuk berterusan di bulan-bulan lain. 🙂

-tanah90
Nottingham, UK.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Tadabbur Harian, Tinta Tarbiyyah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s