Nak jugak jadi benih yang buat pulau…

Assalamualaikum wrm.

Pernah dengar pantun ni:

‘Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau.’

Klasik tapi dalam makna bidalannya. Kalau ikut kamus peribahasa, ia bermaksud keturunan yang baik tetap akan berkelakuan baik walau di mana-mana sahaja. Bila kita compare dengan dunia kita, Allah swt dah pun bagitahu siapakah keturunan yang baik itu dalam surah al-Imran ayat 110.

“Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (3:110)

Makanya, andai kita mengakui kitalah umat islam itu, kita juga perlu acknowledge diri kita sebagai benih baik yang akan menerbitkan sebuah pulau. Pulau apakah? Pulau dimana manusia mengenali Yang Khalik, mengimani kalimah Al-Haq dan menghayati kesyumulan hidup di bawah payungan-Nya. Semalam, saya menonton dokumentasi tentang beberapa pemain bola sepak yang muslim. Bagaimana mereka menterjemahkan keimanan mereka dalam memenuhi tuntutan sebagai pemain bola sepak terkenal dalam Liga Perdana Inggeris. Beberapa frasa yang diungkapkan oleh interviewees ialah,

“Islamophobia might be an issue in English society but not in English football.”

“He came to the mosque and said he only got 5 minutes but in the end he left after one hour and a half.” (merujuk pada seorang pemain)

Saya terharu. Kerana ~40 orang pemain muslim yang kebanyakannnya adalah true-practising muslim, kebanyakan professional-professional yang terlibat dengan bola sepak di negara UK sama ada doktor perubatan, jurulatih atau rakan sepermainan, mereka kelihatannya lebih memahami islam berbanding rakyat Britain yang tidak terlibat dengan industri bola sepak. Kerana kehadiran mereka, pemenang man of the match tidak lagi menerima sebotol champagne; ianya diganti dengan cup ataupun plague. Kerana kehadiran mereka, supplement drink utama di perlawanan bukan lagi alcohol-based tetapi minuman isotonik mula mengambil tempat.

Inilah yang saya refer sebagai benih yang baik. Mungkin contoh ni tidak berapa hebat pada pendapat orang lain tetapi bagi saya, mereka sungguh hebat. Logam masyaAllah. Kerana mereke bermula dari scratch. Memperkenalkan islam. Mereka dengan tekun menjawab setiap persoalan yang dilontarkan rakan-rakan, jurulatih dan peminat tentang agama mereka. Sedangkan kalau nak dibanding dengan kita yang bawa usrah ‘orang islam yang baik’, kita sudah tak perlu kenalkan islam sebaliknya hanya perlu berusaha membentuk dan develop perkenalan yang ada.

Sudah tentu, masing-masing membentuk pulau yang berjaya. Kalau kita cerita pemain bola sepak tersebut mampu mengubah budaya bola sepak, kita akan cerita jugak daei/murabbi yang mampu membentuk generasi Quran yang mantap. Kerana kedua-duanya membawa kalimah yang sama. Al-Haq. Kalimah tayyibbah. Mesej penting yang saya nak sampaikan hari ini.

Selagi kita membawa kalimah tayyibbah ini, kita akan berterusan menjadi benih yang baik.. tak kira dicampak ke mana. disuruh berdakwah pada adik-adik..disuruh masuk pasukan bola sepak, tentera, ataupun disuruh mengajar di matrikulasi atau tadika.

Dan saya…saya juga ingin menjadi benih yang baik itu, ianya sukar kerana saya tidak petah berkata-kata seperti akhawat yang lain tetapi selagi saya bercita tinggi…angan dan mimpi yang besar, usaha dan azam tak akan luntur, Kerana yang tertinggi dalam impian saya ialah untuk mencapai darjat hebat di sisi Allah swt …menggapai redha-Nya. Dan impian nan tinggi ini tak akan ketahuan tercapai atau tidak selagi belum bertemu dengan-Nya. Jadi, kerana itu…saya yakin saya tak akan berhenti inshaAllah.

Saya akhiri dengan ungkapan bunga-bunga dari surat cinta Allah swt.
“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin tuhannya. Dan Allah membuat peringatan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat.” (14: 24-25)

“Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat (tegak) sedikit pun,”
(14: 26)

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.”
(14: 27)

Sobss.

-tanah90
Nottingham, UK.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Dakwah Kita, Tinta Tarbiyyah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s