Harta Halal :)

Assalamualaikum wrm.

Done with terawih bersama housemates baru Alhamdulillah. Esok dah mula puasa dengan mutabaah amal Ramadhan yang meriah dengan perlumbaan mengejar takwa.

Hari ini juga, terakhir kali menjadi penjual bergaya di Nottingham ni. For note: everyone kind of know that saya handy tuk tolong buat delivery dengan charge 50p. Semua rasa tak berbaloi tapi bagi saya, ianya berbaloi sebab itu adalah hasil titik peluh saya dan saya tahu itu adalah halal. Hari ini pekerjaan ini berakhir dengan manis kerana customer terakhir iaitu Encik J membayar dua kali ganda dari charge biase saya. Kacing! Kacing! Alhamdulillah, Ramadhan ternyata bawak keberkatan dalam hidup umat-Nya.

Pernah juga saya try kerja dengan orang. Sekali imbas nampak cam bersih je kerja yang saya buat tuh tapi…Alkisahnya, saya kerja sebagai leaflet distributor untuk sebuah restaurant halal. Tapi, dalam keadaan saya tengah syok-syok masukkan satu persatu leaflet diorang ke dalam peti surat residents, saya ternampak sebaris tulisan di atas leaflet itu. Tulisnya, Bring Your Own Bottle. Maksudnya, restoran itu halal dari segi makanannnya, tetapi pelanggan dibenarkan membawa arak sendiri. Saya rasa down. Terasa saya turut bersubahat sekali. 😦

Pengalaman itu sangat terrible. Saya lebih selesa buat kerja yang orang cakap “tak berbaloi” tapi saya yakin bersih daripada kerja-kerja yang ada part yang tak jelas. Sebenarnya bila berlaku macam ni, baru saya faham kenapa Allah swt menggalakkan umat islam berniaga. Kerana, bila kita yang berniaga, kitalah orang yang mengawal segala aktiviti yang terlibat. Bila kita jaga perniagaan itu dengan penuh ketakwaan, maka hasil yang kita dapat adalah rezeki yang kita selesa dan yakin akan keberkatannya inshaAllah.

Tambah pula, saya juga menonton cerita tentang entrepreneur seperti The Apprentice, Peter Jones Meets dan Dragon Den. Saya rasa info-info yang saya dapat membantu saya develop business mind in myself. Saya belajar menghidu peluang and despite the fact that saya malu nk cakap depan orang sgt, defense system saya pandai cari jalan untuk approach people to buy. ahaaa.

But, the most important thing is role model kita iaitu Rasulullah saw. Kejujurannya dan kebijaksanaannya menguruskan perniagaan adalah inspirasi buat saya. Serta, Abdul Rahman Bin Auf yang sampai sekarang buat saya kagum sebab dia mampu turnover keuntungan yang banyak dalam masa sehari dua berniaga daripada scratch.

Last but not least, harta halal itu kemanakah perbelanjaannya? Untuk anda! Eh? Ye betul, untuk anda! Buat anda yang bernama dakwah dan tarbiyyah. Saya mengimpikan harta itu buat tambang pengangkutan saya dalam urusan DnT, buat perbelanjaan kendiri dalam memenuhi tuntutan syariat seperti pakaian yang menutup aurat, dan digunakan sebahagiannya untuk memenuhi hak ibu, adik-beradik dan akhawat inshaAllah.

Bukan senang nak berbelanja utuk awak DnT tapi saya yakin jual beli untuk awak adalah jual beli yang dinanti-nanti oleh Allah. Oh Allah, i hold to your words in surah taubah ayat 111.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereke berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benari dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung.” (9: 111)

sekian.
-tanah90
Nottingham, UK.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Tadabbur Harian, Tinta Tarbiyyah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s