[Budak Usrah] Changing to become a Morning Person

Assalamualaikum wrm.

Dulu, time kat UK x amik port sangat pun bab ni. bukan apa tapi masa tuh rasa cam ok je asalkan kalau ada usrah/kelas or daurah, kita tak pergi lambat. Bukannya tak pernah bangun awal pukul 5/6 pagi untuk ambik train or flight ke airport. Sekali dua je terlepas….Rasa cam ada banyak masa untuk improve….blablabla..Tapi bila dah ada kat msia di mana inilah medan amal yang sebenarnya, kita kalau boleh tak nak screw up, tak nak bazir masa and mahu amal dakwah kita lebih smooth dan berpengaruh. Lebih – lebih lagi bila kita tahu yang kita akan bawak usrah once kita dah settle down especially bab kerja. So, kalau tak jaga masa, asyik bangun lambat and start bekerja lambat, takkan kemanalah kerja tu.

So, better berusaha than never, lets improve ourselves to be a better murabbi, shall we? This is my way, x ikut mana-mana buku, just based on pengalaman, tunjuk ajar naqibah2 terdahulu dan sekarang serta muhasabah sendiri aje. Cara ni saya sedang lakukan sebab time balik ke Malaysia hari tu, jetlag sangat-sangat. Banyak kerja terbengkalai..haihhhh

1) Hari pertama, tidur je tanpa kunci alarm. Biarkan diri anda bangun secara naturally (jgn x bangun solat pulak). Bila dah bangun, take note pukul berapa kita bangun. Kalau saya dulu, pukul 2 petang. teruk kan…sebab tu kena berusaha cari jalan. kalau tak, dah abis jetlag nanti, terbiasa pulak bangun pukul 2 petang.

2) Esoknya, berazam untuk bangun lagi awal dari semalam tanpa bantuan alarm. Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau tak jangan sedih, berharaplah pada Allah yang memerhatikan keadaan kita. Boleh jugak guna bantuan alarm kalau masih tak berjaya.

3) Teruskan usaha bangun awal dari yang semalamnya sampai mencapai target jam yang sepatutnya. Hari ini saya telah berjaya bangun pukul 9 setiap hari dengan bantuan alarm. Target saya pukul 5 pagi inshaAllah tanpa alarm.

simple kan. hurm, tips yang boleh (wajib sebenarnya):
>jaga waktu tidur. kalau boleh plus minus 30 minit dari waktu yang ditetapkan. Nanti kalau dah terbiasa bangun awal, tidur pukul berapa pun tak kisah. body clock kita akan bangun awal jugak. dun worry 🙂
>kuatkan azam dan bykkkn sabar. kena bersabar dengan diri sendiri. hehe, nak berubah mestilah susah…
>kalau ngantuk tapi dah sampai masanya untuk bangun, paksa diri sikit sebab tu adalah fasa pegi basuh muka, konfem hilang ngantuk.

oklah, bagi pantun sikit:
berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

#For the record, post ni simple but critical. Sebab saya melihat bukan saya sahaja yang menghadapi masalah ini walaupun sudah masuk mode murabbi, tapi ramai lagi ikhwah akhawat yang terjebak. Lagi-lagi students atau bujang. Lets become a better murabbi, shall we?

Sebagai penutupnya, sukalah saya ingin menguatkan motivasi kita untuk bangun seawal sebelum subuh dengan kalimah cinta dari Allah swt, pencipta yang setia memerhati. Marilah jadi kuda perang tentera Allah yang sudah bersedia menggempur barisan jahiliyyah seawal fajar baru membuka tirai.

“Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya. Serta mencetuskan api dari telapak kakinya. Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh. Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh. ” (100:1-5)

-tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Budak Usrah, Dakwah Kita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s