[Budak Usrah] Menyeru Untuk Israel Boycott

Assalamualaikum wrm.

Share sikit beberapa link sebelum berleter pasal isu orang Malaysia yang macam ignorance je dalam isu boikot produk Israel ni.
http://www.ethicalconsumer.org/boycotts/boycottslist/israel.aspx
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html
http://www.foa.org.uk/campaigns/boycott-israeli-produce

Kebanyakan orang-orang Malaysia termasuk makcik makcik pakcik pakcik yang duduk di kampung tahu tentang tujuan kempen ini adalah untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin dengan menekan ekonomi Israel.

Kalau ikut pendapat saya, sekarang ni bila penindasan berlaku di Mesir dan Syria, lebih patut lagi kita menyertai kempen ini kerana seperti yang kita ketahui, kekejaman yang berlaku di negara-negara terbabit mendapat sokongan penuh dari negara haram Israel. Setakat tukar profile pic fesbuk kepada dp bertemakan solidariti ataupun tunjuk angka empat time tengok bola kat stadium (esp waktu camera tgh zoom pd penonton)…puihhhh…..orang yang berkhidmat dengan kempen ni lagi cool sebab diorang rasa jugak tahan nafsu and kontrol duit drpd melayang ke syarikat-syarikat ‘lubuk emas’ Israel.

Tetapi…
apa yang mereka tak tahu ialah:

1) Produk-produk atau syarikat-syarikat yang perlu diboikot.

Paling bagus pun diorang setakat tau tiga brand je i.e Starbuck, McDonald dan Nestle. Diorang tak tahu pun ada berpuluh-puluh brand lain yang berada dalam list boikot ni. Ada jugak yang tahu senarai ni tapi tak amik tahu brand-brand lain yang berada di bawak brand induk. Contohnya macam Nestle yang menaungi F&N, Koko Krunch, beberapa nama cokelat dan laen-laen.

2) Betapa berkesannya kempen ini.

Ramai yang cakap, berapa senlah sangat apa yang diorang beli tu. Takde effect pun pada Israel. hurmm…meh tengok contoh yang ada iaitu Disney Inc. Awal-awal dulu, waktu list boikot dikeluarkan, Disney Inc termasuk sekali. Tapi, dalam list sekarang dah tak de…Hooray!!! Kenapa? ha….kesan boikot tula…Dulu diorang kawan baik ngan Israel. Sekarang tak lagi. Cerita penuh boleh baca kat sini di bahagian FAQ: http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Bukan setakat Disney Inc je, banyak lagi syarikat lain yang mengambil langkah yang sama..Boleh baca and explore link yang sama. 🙂

Then, cara-cara yang boleh dilakukan sekiranya usaha menerangkan baik-baik atau mengajak secara direct tak berjaya ialah:

1) Buatlah dahuluuuu
Pernah suatu masa saya nak belikan cheese untuk abang saya. Lepas belek-belek cheese yang ada kat para, saya pun ambiklah satu cheese dari jenama X ni. Mak saya pun berkata, “mak selalu beli yang ni..” (sambil menunjuk pada keju berjenama Kraft). Saya senyum, takpelah rasa yang ni pula. Lepas bayar, mak tanya lagi kenapa beli keju yang lagi mahal (kantoi harga pulak)..Saya pun terus terang je..Saya cakap saya boikot Kraft. (walaupun time tu sy sebenarnya x sure keju tu mmg under Kraft group yg memang diboikot atau kebetulan je jenama dia Kraft).. lebih baik ambil langkah yang saya senang hati..ehee…

Dan saya cakap lagi, kalau shopping dengan saya, memang camtu. Saya akan cari barang yang saya pasti bukan dari list boikot. Tahu mak saya cakap apa? ” Dah tu, tak boleh nak beli apple pie McD lah ni.” haha…

2) Kalau orang suruh beli, tolak dengan baik.
Terus terang je. Kalau kita tak boleh halang orang lain beli, kita masih boleh halang diri kita dari beli. Cakap je yang kita sedang memboikot. Orang tak akan paksa. So far, belum adalah yang paksa jugak saya beli. eheh..

Takpun…

3) Korang amik duit, pergi belikan jenama lain.
Lagi elok sebab dapat hindarkan orang tu beli brand yang diboikot..hahaha…orang suruh beli McD, kita pergilah belikan KFC..hihi..selagi boleh buat, buat..jangan sampai jadi pertumpahan darah sudahla..kita nak elak minum darah saudara-saudara kat Palestin, kita minum darah sendiri pulak.

4) Ceritakanlah apa yang kempen ni dah berjaya capai so far…
Apa impaknya pada Disney? Apa impaknya pada Nokia? Apa impaknya pula pada Danone dan biskut Jacobnya yang paling popular? Semuanya boleh buat orang yang ingat kempen ni tak berjaya jadi ternganga beb. Malah, saya sendiri apabila mengetahui kesan domino pemboikotan ini jadi lebih bersemangat.

Haha….oklah, panjang juga berleter..haha…sebagai penutup…nak share sebuah hadis tinggalan Nabi Muhammad saw yang saya nampak seorang akhawat share kat fesbuk.

“Bahawa ada sekelompok orang, mereka membaca Alquran, namun Alquran itu tidak melewati kerongkong.”
(Riwayat Ahmad dan Al-tarmidzi)

lets not be ignorant especially things we already knew, shall we?

-tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Budak Usrah, Dakwah Kita and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s