[Her-story] Kisah sepatu putih

Assalamualaikum wrm.

Ada baiknya saya didik diri agar ingat masa lalu agar diri tak ke langit kebongkakkan atau tenggelam dalam lautan kebakhilan. Hari ini saya punya pakaian berjenama terkenal, aksesori buatan terbaik serta gadget berteknologi tinggi. Kalau nak dibanding dengan saya lima tahun dahulu, dari segi materialnya, kami bukan orang yang sama.

Entri ini untuk mengingatkan saya kembali tentang kasut putih yang saya pakai ke sekolah. Sepasang sepatu yang saya malu amat untuk disarung. Kisahnya sewaktu saya darjah tiga atau empat. Huuu, tak ingat secara tepat sebab dari darjah dua sampai darjah enam, nama kelasnya sama, cikgunya sama, kawan-kawannya pun tak banyak berubah. Waktu itu, saya dan abang ada kasut sekolah yang kami tak ingat bila kali terakhir berganti. Alkisahnya, kasut tersebut sudah dalam keadaan tidak bagus di mana milik abang sudah terkoyak tapaknya sedangkan milik saya sudah haus tapak dan terkoyak di bahagian atas.

Saya tak ingat apa yang bonda buat pada kasut abang tapi saya pasti ingat apa yang dibuat pada kasut saya. Oleh sebab bahagian atas yang terkoyak, bonda ambil kain perca putih, dibasuh hingga bersih dan ditampal atas kasut. Nampak buruk sangattt! Saya rasa nak nangis sebab perlu ke sekolah berkasut macam tu. Konon-konon bondaku nak buat supaya tak nampak yang kasut tu bertampal kain perca, jadi bonda ambil kapur kasut dan disapunya atas kain perca. Saya masih ingat kata-kata bonda yang berbunyi lebih kurang begini, “Nanti kapur tu dah kering, kain tu nampak macam kasut sebab dah keras.”Rasa-rasa betul tak kata-katanya tu? Konfem tak! Dari jarak sebatu dah nampak ‘uniknya’ kasut tu. You dont need glasses if you have sight problem to see this. 😦

Susah sangat ke hidup sampai tak mampu beli kasut baru? Jawapannya, ya. Penghidupan kami ketika itu banyak sungguh kesusahannya dengan ayah yang alpa akan tanggungjawabnya, meninggalkan bonda seorang surirumah yang tak punya banyak wang. Untuk membelikan kami kasut baru, bonda pergi bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran tak jauh dari rumah. Wang akan cukup genap dua minggu bekerja. Tapi sementara itu, terpaksalah menanggung malu dengan kasut tadi….huuu, nanges….bila ingat sekarang, rasa sedih sangat…apatah lagi yang sebenarnya, hari pertama berkasut begitu, sampai sahaja di tangga sekolah…bila tengok tak ada orang di sekeliling, saya rentap kain perca tu dan buang dalam tong sampah. Bila balik rumah, jawabnya senang, “tertanggal mak.” Takut nak melukakan hati mak yang sedaya-upaya cuba memenuhi keperluan kami.

Untuk rekod, sampai ke hari ini, sampailah saya sendiri buka rahsia tulis entri ni, tiada siapa yang tahu termasuk bonda tentang perbuatan saya menanggalkan kain perca tu. Saya tak pernah cerita. Waktu tu, saya lebih rela pakai kasut yang nampak stokin dari kasut yang berkain perca. Huhuhu…..

Hari di mana bonda dapat gaji yang cukup untuk membelikan kami kasut baru, saya tunggu di luar rumah. Waktu tengahari, saya patutnya bersiap untuk sekolah agama. Nampak bonda balik bawak beg plastik. Saya ingat saya tersengih panjang, tak sabar nak merasa kasut baru. Hati melonjak-lonjak. Akhirnya, tadaaaaaa…kasut baru ke sekolah.

Dua perkara yang saya ingat tentang kasut ini,
1) saiznya besar sedikit dari kaki saya. Saya tak kisah asalkan berkasut baru biarpun terpaksa menyumbat bahagian dalam kasut dengan segumpal stokin supaya ketat.

2) abang saya pesan, bila jalan angkat kaki, jangan seret supaya tapak kasut tak haus. Huuu, ni terharu sikit sebab last-last, tujuannya ialah kalau kasut lambat rosak, tak perlulah mak kumpul duit macam tu lagi. sobssss….

Hari ini, saya boleh beli kasut sendiri. Tak perlu tunggu rosak. Huuu…Tapi saya akan ingat sampai bila-bila kisah ini sebab saya tak mahu jadi seperti kaduk naik junjung. Bukankah ini satu nikmat yang sebenarnya sebuah ujian yang Allah hantarkan pada kita?

-tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Her-Story, Tadabbur Harian. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s