Mesir di hatiku: Frequently asked questions

FAQ Isu Mesir!

Assalamualaikum wrm.

Biar saya ingatkan kembali walaupun bantahan aman terhadap kudeta di Mesir semakin berkurangan, tidak sepatutnya kita turut mengurangkan kepedulian kita. Ini isu ummah, bukan isu semasa. Bak kata Mr Erdogan, pentadbir Turki yang berwibawa, tak perlu jadi orang islam atau rakyat Mesir pun beb, cukuplah jadi manusia untuk bersimpati.

Sebelum saya ceritakan frequently asked question, pengetahuan am tentang isu mesir boleh diperolehi di sini.

Q: Kenapa rakyat Mesir memberontak terhadap Hosni Mubarak?

J: Hosni Mubarak memerintah Mesir tanpa mendapat mandat yang sah dari rakyat. Beliau mengaut kekayaan negara dan membiarkan rakyat merana, malah sedang mengasuh anaknya, Jamal untuk menggantikan beliau. Beliau membiarkan samseng bermaharajalela, membina budaya rasuah dan pecah amanah. Beliau berhubung baik dengan Israel, menutup sempadan Rafah (di antara Mesir dan Gaza) dan menyukarkan kehidupan umat islam di Palestin serta mengikut telunjuk Amerika dan menekan usaha-usaha kebangkitan Islam.

-5 juta rakyat menganggur!
-5 juta rakyat tiada tempat tinggal!
– 30 juta anak keciciran pelajaran!
– Hutang negara 1, 300 bilion pound!

Q: Benarkah Dr. Morsi tidak inklusif, tidak menjemput orang lain ke dalam kabinet dan ali ikwan muslimin membolot semua jawatan?

J: Hanya 35 peratus gabenor di seluruh Mesir adalah daripada anggota IM. Hanya empat kementerian daripada lebih 30 kementerian dijawat oleh ahli IM. Perdana Menteri sendiri bukan ahli IM iaitu Hesham Qindil. Jawatan timbalan Presiden pernah ditawarkan kepada Hamdy Sabahin dan El Baradei tetapi ditolak mentah-mentah. Hamdy kemudiannya mengadakan sidang akhbar mengatakan Mursi dan IM ingin membolt kesemua jawatan penting dalam kerajaan. Majlis penasihat presiden terdiri dari pelbagai kumpulan yang dilantik oleh Mursi dari kalangan liberal, Kristian, salafi dam sekular.

Q: Apakah sumbangan Presiden Morsi kepada rakyat Mesir dalam tempoh setahun menjadi Presiden?

J: – menambah pelaburan luar dari 1.8% ke 2.4%
– menaikkan GDP dari 170.4 ke 181.9 bilion pound
– meningkatkan bilangan pelancong dari 8.2 juta (2012) kepada 9.2 juta (2013)
– meningkatkan produktivit gandum daripada 20% ke 60%
– memperuntukkan 100 juta pound untuk keluarga yang syahid (1409 prg)
– mendapatkan semula 100000 liter petrol dan 500000 liter diesel yang dicuri.
– membuka 593 000 peluang pekerjaan baru
– membina 45388 buah rumah mampu milik
– menyediakan 100 juta pound untuk 500 000 ibu tunggal
– menyelesaikan 358 dari 472 kes penculikan
– menyediakam subsidi persekolahan bagi 1 juta anak miskin
– menaikkan gaji guru dan pegawai kerajaan
– menggubal perlembagaan baru yang disokong oleh 2/3 rakyat Mesir
– membebaskan tahanan awam yang dihukum oleh mahkamah tentera
– mengawal, memberi subsidi dan mengurus pengedaran roti dengan lebih cekap
– melantik 14 orang wakil kristian qibti ke Majlis syura
– menangkap 342 penjenayah tegar
– mendapatkan semula 15 591 buah kereta curi

Q: Kenapa penunjuk perasaan tidak mahu bersurai dari perhimpunan di Rabaah Adawiah?

J: Mereka menuntut sistem demokrasi, suara rakyat melalui pilihanraya yang adil dan dihormati dan Dr Morsi dikembalikan sebagai Presiden. Mereka menggunakan hak mereka sebagai rakyat untuk menyatakan pendirian mereka secara perhimpunan bantahan aman. Sistem dan institusi demokrasi perlu dipertahankan kerana dalam mana- mana negara demokrasi, pilihanraya adalah kata muktamad di dalam pemilihan pemimpin. Apa yang berlaku ialah Dr Morsi yang dipilih lebih separuh (52%) rakyat Mesir telah diturunkan dengan rampasan kuasa yang tidak demokratik. Dakwaan mengatakan belasan juta rakyat berhimpun menuntutnya turun telah dibuktikan sebagai tidak benar. Perhimpunan aman di Kaherah adalah kerana rakyat mahu menuntut keadilan dan pengembalian sistem demokrasi yang sah. Mereka duduk secara aman, bersolat, bersikir, mendengar ceramah dan berpuasa sepnjang Ramadhan. Tujuan mereka ialah bantahan secara pasif, bukan agresif.

Q: Apakah pertembunagn ini melibatkan Ikhwan Muslimin sahaja menentang tentera? Adakah IM bersendirian menentang rampasan kuasa?

J: Kajian yang dibuat oleh sebuah institusi kajian menunjukkan hanya lebih kurang 60% daripada yang berhimpun di Medan Rabaah merupakan penyokong IM. Yang lain merupakan anggota kumpulan islam lain, pejuang demokrasi, liberal dan sosialis yang meyakini bahawa rampasan kuasa merupakan satu pengkhianatan terhadap revolusi rakyat Januari 2011.
Perhimpunan dan demonstrasi aman dilakukan di seluruh negara melibatkan jutaan penyokong. Jika benar tentera mengikut hasrat penunjuk perasaan, maka kerajaan tentera pimpinan As Sisi sepatutnya memenuhi hasrat mereka yang mahukan Morsi dikembalikan sebagai Presiden.

Q: Adakah Ikhwan Muslimin kumpulan yang menyokong keganasan?

J: IM adalah sebuah organisasi yang telah lama wujud di bumi Mesir sejak 1928. Sepanjang sejarahnya, tiada satu pun ucapan atau penulisan oleh pemimpin-pemimpinnya yang menyeru atau menggalakkan aktiviti keganasan atau penentangan secara bersenjata (kecuali di bumi Palestin pada hujun tahun 40-an). Tidak pernah terjadi satu kes pun, ahli atau pemimpin IM melakukan apa-apa tindakam bersenjata, walaupun ramai ahlinya yang ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh kerajaan diktator Mesir.

“Selama lebih empat puluh tahun, meskipun berhadapan dengan provokasi, penangkapan, penahanan, penipuan pilihanraya dan keganasan yang ditaja oleh negara, Ikhwan sama sekali tidak menggunakan keganasan politik atau agama…”
-Professor John Espositi, Georgetown University

Dari awal lagi IM menyatakan bahawa perhimpunan aman adalah senjata mereka kerana dalam sistem demokrasi, bantahan secara aman diiktiraf sebagai salah satu cara menuntut perubahan. Mereka berhimpun tanpa niat merusuh, tanpa senjata. Sebab itu, wanita dan kanak-kanak juga terlibat. Sebelum serangan pihak keselamatan pada subuh 14 Ogos, suasana di Medan Rabaah adalah ceria dan bersemangat, membantah secara pasif, bukan pemberontakan atau rusuhan. Mereka cuma duduk dam bantah, meminta kerajaan yang sah dikembalikan. Laporan dan gambar-gambar yang mendakwa IM melakukan keganasan adalah berita dusta dari pihak kudeta tentera.

Q: Adakah isu Mesir adalah isu dalaman rakyat Mesir sahaja dan tiada kaitan dengan umat islam lain?

J: Perkembangan terkini menunjukkan Amerika dan Israel terlibat dalam rampasan kuasa.

Israel berjanji kepada As Sisi bahawa bantuan kewangan ketenteraan daripada Amerika kepada Mesir tidak akan terjejas. ( Israel News, 17 Ogos 2013)

Israel melobi Amerika dan Kesatuan Eropah untuk menyokong kerajaan kudeta Mesir. (JTA News, 19 Ogos 2013)

Terowong-terowong yang sangat diperlukan untuk pengangkutan barangan makanan dan keperluan telah banyak dimusnahkan sejak kerajaan kudeta mengambil alih. ( AP, 2 September 2013)

Kerajaan Mesir berkemungkinan membangunkan zon penimbal ( buffer zone) di antara Mesir dan Gaza. Ini akan menambahkan keperitan penduduk Gaza yang sekarang di bawah sekatan Israel. (AP, 2 September 2013)

Sumber FAQ ini datangnya dari pertubuhan Ikram Malaysia (melalui risalah yang disebarkan kepada orang ramai dan juga melalui perkongsian murabbi-murabbi agung di program-program ceramah isu Mesir).

20130919-204700.jpg

Sekian dululah ye. Penat pula menaip. Chow!
– tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Dakwah Kita, Kembara Cinta and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s