[Budak Usrah] Kisah Yusuf a.s: Lebih kool dari cerita dongengan

Assalamualaikum wrm.

Saya ada seorang ahli keluarga yang sangat suka dengan cerita ‘fairy tales’, lagi-lagi yang popular macam cinderella, rapunzel dan snow white. Saluran Disney channel kat rumah kami setiap pagi ada disney movie dari cerita tangled ke cerita red riding hood sampai cerita beauty and the beast…ada jugak yang tak popular dan saya tak pernah dengar pun ada…beliau sangat suka menontonnya…katanya lagi berfaedah dari cerita series kegemaran saya iaitu law and order..ohooo! Ehem, saya tak nafikan cerita-cerita ni best lagi-lagi yang versi animasi sebab jalan ceritanya yang simple, sentiasa berakhir dengan gembira dan dilengkapkan pula dengan karakter yang comel.

Akan tetapi…..

Cerita kegemaran saya yang sentiasa menjadi inspirasi saya ialah kisah Yusuf dan 11 orang abang-abangnya, teeheeee….Yang lebih kool, ia bukan ‘fairy tales’ tetapi sebuah kisah benar yang pernah terjadi suatu masa dahulu. Buatlah sebanyak mana pun, bermulti million cerita sekali pun, tak akan ada yang mampu menandingi kehebatan cerita yang satu ini. Tengok watak je pun dah tau. Bukankah Yusuf a.s lelaki terkacak? Kalau karakter pun dah tak terlawan apatah lagi jalan ceritanya, ye tak?

Saya mula sukakan cerita ni bila seorang ukhti menggambarkan penghidupan Yusuf ni umpama graf yang berbentuk W. Mula di puncak dan akhirnya di puncak. Berbeza dengan kisah dongeng, filem, drama mahupun novel buatan manusia, metafora huruf W ni menunjukkan betapa turun naiknya kehidupan seorang nabi Allah ini. Bila datang waktu kedudukannya ditinggikan, kedudukan beliau bukan sekadar berkahwin dengan pasangan yang tercinta dan hidup bahagia macam sesetengah watak cerita tetapi bahagia yang melimpah sehingga mendapat penghormatan sebesar-besarnya di dunia tika itu. Bila jatuhnya pula bukan sekadar didera mak tiri ataupun dihalau keluar rumah akan tetapi jatuh ke tempat yang lebih dalam dari dasar tanah, tercampak ke dalam perigi buta dan penjara.

20130928-083003.jpg
-buat sendiri guna app kat ipad-

Kita lihat titik tinggi yang pertama. Ianya adalah saat Yusuf masih kecil. Tika itu, beliau berada dalam keadaan serba disayangi. Punya ayahanda yang sangat mencintai beliau, menatang Yusuf bagai minyak yang penuh. Kalau nak digambarkan keadaannya menurut orang melayu, ‘nyamuk gigit pun tak boleh’. Perkara ini diakui sendiri oleh abang-abangnya yang lain dan disebut dalam Alquran,

“When they said, ‘Truly, Yusuf and his brother (Bunyamin) are loved more by our fathers than we, although we are a group.'” (12: 8)

Dari kehidupan yang bahagia, tibalah saat kesusahan atau derita yang pertama buat Yusuf apabila tipu helah abang-abang yang dengki pada statusnya sebagai anak kesayangan menyebabkan mereka meninggalkan Yusuf di dalam perigi buta. Duduk dalam kegelapan, seorang diri dan waktu tu belum lagi dewasa. Ehem, orang dewasa pun ada yang panik sakan kalau tetiba bekalan elektrik rumah terputus kan?

“So when they had departed with him, and were of one mind that they will cast him into the bottom of the well.” (12:15)

Kesakitan yang dirasa Yusuf bukanlah sekadar jatuh ke lubang perigi yang dalam, punggung terhentak atau kepala terhantuk, tetapi yang paling melukakan hatinya ialah perpisahan dengan ayah tercinta. Tiada kelibat nabi Yaakub yang datang mencari kerana cerita palsu yang diwar-warkan abang-abangnya tentang Yusuf yang dimakan serigala. Apalah daya yang dapat dilakukan oleh Yusuf melainkan berharap pada bantuan Yang Maha Esa?

Mengikut cerita daripada Alquran (surah Yusuf: 19-22), Yusuf akhirnya ditemui oleh sebuah kabilah dagang ketika mereka mencari air. Tag harga yang diletakkan untuk beliau hanyalah beberapa dirham…namun, Allah swt yang MahaBijaksana yang telah menyusun segalanya menghadirkan seorang pembeli yang bakal menaikkan kedudukan Yusuf. Penguasa Mesir ketika itu, Al Aziz membelinya dan memberikan Ysuf segala keperluan, kedudukan dan layanan persis beliau adalah anak mereka sendiri, persis seorang pewaris empayar kekayaan. Inilah titik naik Yusuf yang kedua.

Tetapi tidak lama selepas itu, datang lagi kesusahan buat Yusuf. Digoda oleh isteri Al Aziz yang biarpun dapat ditangkisnya namun kesannya tak dapat dielak. Bila orang sekeliling berkata tentang perbuatan isteri Al Aziz, dia mengaturkan satu majlis dimana Yusuf disuruh menampakkan diri sewaktu perempuan-perempuan Mesir sedang menggunakan pisau. Apa yang berlaku ialah semua tetamu-tetamu perempuan tersebut terpotong jari mereka sendiri kerana terleka dengan kehenseman Yusuf. Keadaan tersebut menjadi hujah buat isteri Al Aziz dalam mempertahankan diri atas perbuatannya terhadap Yusuf. Ianya jelas diceritakan dalam surah Yusuf, ayat 30-32.

“He said, ‘My lord! I prefer imprisonment to that which they invite me, if You do not turn their plot away from me, I may be caught in their snare and become one of the ignorant.’ So, his lord heard him and accepted his prayer, and turned their plot away from him. Surely, He is the All-Hearing, the All-Knowing.” (12: 33-34)

Jadilah Yusuf dipenjarakan, berada di titik bawahnya yang kedua. Dahulu dicampak ke dalam perigi buta, kemudian dipenjara pula.

Alkisahnya, long story short (boleh baca cerita seterusnya dalam surah Yusuf) selepas beberapa ketika, Allah swt mengeluarkan Yusuf daripada penjara melalui sang raja. Raja amat tertarik dengan abiliti Yusuf dalam menaksir mimpi apabila taksiran Yusuf tentang mimpinya benar-benar tepat. Lalu, Yusuf diberikan jawatan tinggi dan tinggalnya dalam kemewahan. Bermulalah cerita menuju titik naik Yusuf yang ketiga. Dalam satu peristiwa dimana makanan menjadi kemarau, saudara-saudara Yusuf yang suatu masa pernah menganiayanya dulu datang ke Mesir untuk meminta bantuan di mana pada ketika itu, Yusuflah yang mempunyai kuasa. Dapat kita lihat di sini kali terakhir mereka bertemu, Yusuf hanyalah budak lemah yang boleh dicampak begitu sahaja tetapi pertemuan seterusnya Yusuf adalah seorang penguasa dan berkedudukan tinggi.

Malah kali ini, titik naik Yusuf ni memang paling tinggi berbanding titik naik sebelumnya. Kenapa? Sebab di hujungnya, (happy ending) Yusuf bertemu semula dengan saudara kandungnya Bunyamin, bersatu semula dengan saudara-saudaranya yang lain. Malahan, ayahnya yang buta juga kembali celik dan dibawa tinggal di tanah Mesir. Mereka berakhir sebagai keluarga bahagia. Dan tika itu, Yusuf bukan sahaja cukup keperluan keluarga, cukup juga pengetahuan dan hikmah serta harta. Hinggakan bahagian yang paling cantik sekali pada penutup cerita ini ialah bilamana ibu bapanya serta saudara-saudaranya sujud kepadanya serupa seperti yang disaksikan Yusuf dalam mimpinya sewaktu masih kecil.

Kemudian,

-happily ever after-

Graf kita?

Hurmmmm….mungkin sama. Dengan pelbagai konfliknya yang buat kita selalu nak pecah kepala, dengan orang-orang sekeliling yang kadang-kadang buat kita naik angin, kerja-kerja yang buat kita stress, dakwah dan tarbiyah lagi nak jaga..haihh…macam-macam. Dan kita tertanya-tanya bilakah waktunya ‘happy ending’ kita akan tiba?

Kalau baca betul betul kisah nabi Yusuf ni dalam Alquran, setiap kali berada di titik bawah mahupun titik atas sebenarnya, baginda tak pernah lupa memanjatkan doa pada Yang Maha Esa. Imannya sangat saya kagumi..sedangkan watak dalam ‘fairy tales’ ketika susah, mereka berkeluh-kesah sambil menyanyi lagu sayu di buaian, watak ini yakni Yusuf a.s merintih doa pada Sang Pencipta.

Mungkin inilah kebahagiaan yang sebenarnya. Bahagia meminta pada Yang Maha Memberi. Bahagia mengadu pada Yang sentiasa menadah telinga. Bahagia berkongsi cerita, rasa pada Yang Menciptakannya. Bahagianya bila cinta yang pertama di hati ialah Allah swt. Apa sahaja yang berlaku…Allah, Allah, Allah disebut. Kerana kebahagiaan inilah, kita akan dapat ‘happy ending’ yang kita idamkan. Malah, saya yakin, bukan sekadar hidup bahagia di dunia tapi kekal bahagia selamanya di syurga inshaAllah.

Akhir kata, kalau kita benar-benar melihat dan membaca kisah Yusuf, ianya memang diakui kisah yang benar-benar memberi pengajaran dan pastinya lebih baik dari sejuta satu segala macam kisah dongeng yang ada di luar sana.

“Surely in Yusuf and his brothers there are signs for those who seek truth.” (12: 7)

-tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Budak Usrah, Tadabbur Harian, Tinta Tarbiyyah and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s