Tarbiyyah dzatiyyah, i forgot about you

Assalamualaikum wrm.

“Adakah patut kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (2:214)

Saya mulakan karangan darjah enam ni dengan ayat di atas sebab keadaan yang agak stress untuk saya dalam tempoh masa ni buat saya banyak reflek dan teringat pesan Allah swt yang satu ni. Sangat terkesan bila dikaitkan dengan syurga, destinasi percutian yang dimpikan..ahhhh….

Pertamanya, ada seorang ahli keluarga yang mempunyai masalah. Saya sayangkan dia, makanya saya pun turut susah hati dengan keadaan dia. Bila tak banyak yang saya boleh tolong, lagi bertambah susah hati. Keduanya, saya terlalu risaukan perbelanjaan masa depan saya i.e duit rumah, duit kereta, duit minyak, untuk DnT lagi sedangkan bila dah bekerja nanti gaji saya hanyalah dua ribu lebih sahaja. Kemuncaknya, kami sekeluarga terlibat pula dalam kemalangan kecil hujung minggu yang lepas. Mujur tak apa-apa, cuma sakit-sakit badan je (although it still hurts).

Sedangkan Allah sudah berjanji untuk menguji keimanan kita, saya seharusnya bersabar atas perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan sekarang ni. Perlu yakin akan pertolongan-Nya. Setakat tiga perkara ni, orang-orang terdahulu diuji lebih teruk kan?

Satu perkara lagi yang saya muhasabahkan ialah saat-saat ni sebenarnya buat saya terlupa pada satu perkara yakni nikmat yang saya ada sekarang iaitu masa lapang yang banyak. Kemalangan yang lepas buat saya tersedar yang saya agak sibuk dengan masalah-masalah dunia dan hanya membiarkan tarbiyyah saya bergantung sepenuhnya pada usrah, ukhuwwah dan program-program. Tarbiyyah dzatiyyah, i forgot about you. Fuhhhh, sungguhlah…sedangkan masa lapang yang banyak inilah yang terbaik untuk meningkatkan tarbiyyah dzatiyyah, topup diri dan jadi insan yang bertakwa..cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya terleka dan terlupa yang masa lapang pun boleh jadi ujian yang sesukar ujian-ujian lain yang Allah swt boleh beri.

Bila renung kembali, ada baiknya sebenarnya ujian-ujian ni…kerana ia buat kita struggle, and reflek apa yang kita dah buat selama ni demi sebuah mardhotillah, apa yang kita dah buat selepas mengakui keimanan kita. Dan hari ini, ia buat saya reflek yang saya dah lama terlupa pada tarbiyyah dzatiyyah saya…macam manalah nak ke syurga…sobssss

Tak apalah, biarlah kita…ermmm, saya struggle sekejap untuk betulkan masa saya…use my time to build my life for now and for the hereafter. Kerana saya mahu harungi ujian ini dengan kejayaan agar dapat beroleh syurga sebagai hadiah.

Kesimpulannya, when it comes to saying, it is: in tarbiyyah life, if you are not struggling, you are not even trying…(tetibe je nih..huhu)

-tanah90
Johor

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Tadabbur Harian. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s