Allah’s beautiful names 1.0

Assalamualaikum wrm.

Tak kenal maka tak cinta kan? Kita ini ingin bercinta dengan Allah tapi tak banyak yang kita tahu tentang nama-Nya, kan? Rugilah macam tu….sebab mengetahui nama-nama Allah ni boleh bantu untuk ‘boost’ lagi akidah kita…seterusnya menyemarakkan lagi cinta kita terhadap Allah swt. 🙂

Jadinya, saya berdoa pada Allah swt agar post ini dijumpai, ditemui, diklik, dibaca sampai habis dan yang sewaktu dengannya oleh ramai orang sebab saya ingin berkongsi sedikit sebanyak siapakah Allah swt yang kita cintai ini melalui nama dan sifatnya. 🙂

1) Al-Awwal wa Al-Akhir
Yang pertama dan Yang terakhir a.k.a The First and The Last

Ianya menunjukkan bahawasanya Sang Pencipta kita adalah satu-satunya Sang Pencipta tidak ada yang wujud sebelumnya atau selepasnya. Jika kita melihat pada alam di sekeliling kita, kita akan dapati tidak ada satu bukti kejadian pun yang menunjukkan kehadiran Pencipta kedua.

Dalam firmannya,

“Dialah Yang Awwal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (57:3)

2) Al-Halim
Yang Penyabar a.k.a The Most Forebearing

Yang ni sangat best bila mengetahuinya. Bila kita reflek balik diri kita, kita akan dapati kita ni ada banyak sangat nikmat yang Allah telah berikan sedangkan kadang-kala kita tak layak mendapatnya. Sesungguhnya Dia memang penyabar dengan kerenah kita yang banyak hal di dunia ini namun masih lagi doa-doa kita dikabulkan. Kadang-kala apa yang Allah berikan pada kita lebih baik dari apa yang kita minta. Kita ni sering mengadu masalah bagai, meminta dipermudah segala, sehingga kadang-kala seperti kita pula yang memberi arahan….Allah, aku nak itu, nak ini…sobsss…rupanya banyak sudah Allah bersabar dengan kita….

“…Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.” (2:235)

3) Al-Shakur
Yang membalas dengan sebaik-baiknya a.k.a The Appreciative

Bertambah best mengenali Allah sebagai Al-Shakur. Jelas Allah berfirman,

“(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya) : Hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti) dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).” (42:23)

Sedikit kebaikan yang kita buat, Allah swt dah sebut untuk membalasnya dengan sebaik-baiknya. Satu contoh femes yang saya ingat zaman kecik-kecik di UK dulu ialah bila kita berjalan atas permukaan jalan yang licin disebabkan salji hingga membuatkan kita hampir terjatuh….satu-satunya yang menyelamatkan kita dari jatuh terlentang adalah belas kasih mesra Allah swt yang membalas kebaikan yang kita pernah buat satu masa dahulu…itu adalah limpah kurnia dari Allah dalam bentuk yang kita tak pernah sangka-sangka pun kan? :’)

4) Al-Badi/Al-Mubdi
Yang Memulai Penciptaan a.k.a The originator

Ok, dari emo-emo tadi, kita kembali serius berfikir balik. Mengenali Allah sebagai Al Badi ataupun Al-Mubdi memberikan gambaran hebat tentang karakter-Nya. Yang memulai penciptaan maksudnya Allah swt bukanlah seorang peniru, atau dengan kata lain ciplak idea untuk mencipta sesuatu. Sebaliknya kita ni yang sibuk meniru setiap ciptaan Allah…kononya nak klon kan haiwan tetapi sampai sekarang tak berjaya kan? 😀 Dah nyawa tu milik Allah, kalau Allah tak izinkan…buatlah sehebat mana pun, apa yang kita cipta akan jadi robot yang tak bernyawa.

Hebat kan kuasa Allah? Nah, siapa yang tak mahu jadi pengikut kepada Allah yang hebat ni mungkin boleh fikir sekali lagi.

“Allah jualah yang mnciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.” (2:117)

“Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (29:20)

5) Dhul Fadhl
Yang penuh dengan limpah kurnia a.k.a Full of Bounty

SubhanaAllah..Allah itu maha kaya kan. Limpah kurnia yang Dia miliki sangat besar sampai kita tak boleh nak agak di mana sempadannya. Tengoklah bumi! Kaya dengan limpah kurnia-Nya. Malahan, setiap kebaikan yang kita peroleh adalah termasuk dari limpah kurniaNya yang sangat besar. Contohnya, lulus ujian, dapat kerja, naik pangkat, naik gaji, disukai orang dan bermacam lagi. Limpah kurnia ini hanya sedikit kebaikan yang Allah berikan pada kita kerana beriman kepadaNya. Tskk…tskkk

“Orang-orang kafir dari ahli kitab dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu. Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” (2:105)

Penutup

Kita ni sentiasa mahu berjumpa dengan orang hebat tiap kali terbaca mengenai mereka dalam suratkhabar, artikel majalah ataupun di internet. Moga membaca mengenai kehebatan Allah swt menjadikan kita antara hamba-hamba yang teringin benar bertemu denganNya. Seterusnya, melonjakkan lagi usaha kita ke arah impian tersebut…mengejar redha Allah dengan usaha keras pasti kita beroleh pertemuan denganNya. Wallahualam.

-tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Asma' Allah and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Allah’s beautiful names 1.0

  1. Pingback: Allah’s beautiful names 2.0 | ~Tanah~

  2. Pingback: Allah’s Beautiful Names 3.0 [Special Edition] | ~Tanah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s