[Budak Usrah] CPR Hati

Assalamualaikum wrm.

lets begin with this quote,

” Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan saidina Ali yang berbunyi: ‘Sesungguhnya Allah swt mempunyai bejana bejana di atas buminya iaitu hati. Maka, hati yang paling disukai oleh Allah swt ialah hati yang lembut, bersih dan cekal. yakni beliau mentafsirkan kalimah tersebut dengan katanya: cekal dalam pegangan agama, bersih dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara saudara mukmin.’ ”
– Maza Yakni, Fathi Yakan, quoted by ukht F dalam sebuah emel

Ada orang yang mengelak bila isu hati ditimbulkan, mungkin sebab ego ntuk mengakui hati kita masih bergelut dengan jahiliyyah…apatah lagi bila sudah terang-terangan mengaku diri sebagai murabbi dan budak usrah. Saya sendiri waktu dapat buku ‘Diseases of the Heart and Their Cures’ daripada murabbi ada terdetik dalam hati, dia ni nak cakap hati aku sakit ke apa? (tersengih jap)

Takpe, belum nak sentuh pasal hati yang sakit tenat lagi hari ini. (tak habis baca lagi sebenarnya..*garu kepala*)

Berbalik pada quote tadi, saya cemburu pada orang-orang yang mempunyai hati yang disukai Allah. Pasti hatinya ditumbuhi pohon-pohon keikhlasan. Pasti juga amalnya untuk Allah adalah amal yang paling Allah sukai. Bak kata seorang akh, amal yang paling disukai Allah ialah amal yang ikhlas keranaNya. Saya duduk rumah lama-lama ni memang ada banyak anasir-anasir jahat dan zalim yang tanpa segan silu bertandang ke dalam hati. Sampai satu tahap, memang buat kerja yang tak berfaedah kat rumah. Kerja apa? Tak perlulah saya cakap, nanti bagi ilham kat orang lain pulak untuk buat maksiat. Uhukkk…

Bila dah macam ni, kena CPR hati ye tak?

20131021-091737.jpg

kredit gambar

Takpe, tak perlu masuk PBSM atau ahli palang merah untuk buat CPR hati. Ikut je CPR segera seperti yang dinasihatkan oleh Ibn Qayyim,

“The keys to the life of the heart: Be in reflecting upon the Quran, being humble before Allah in secret, and leaving sins.”

1) Sentiasa reflek diri ketika tilawah dan tadabbur
-Salah satu cara untuk interaksi dengan Quran ialah dengan membacanya dengan hati. Setiap kali jumpa ayat tentang keampunan Allah, kita berhenti sejenak untuk reflek berapa banyak sudah kita memohon ampun dari Allah, berapa banyak sudah kita berharap setiap amal kita dipelihara dari sebarang dosa. Sama juga bila kita jumpa ayat tentang nikmat, kita reflek betapa belas kasihannya Allah pada hamba-hambaNya..sudahkah kita bersyukur?

Saya ni kadangkala, obses pada balaghah Alquran..sentiasa mahu faham kenapa dan untuk apa sesebuah perkataan atau istilah itu digunakan, sentiasa kagum pada susunan ayat Allah yang sangat cantik. Seperti yang saya selalu kata, Alquran tu surat cinta paling berbunga terbaik di dunia! Ironinya, ia mungkin membuatkan saya terlupa untuk reflek keseluruhan ayat terhadapa hubungan saya dengan Allah dan amal harian saya…sobsss…huuuuuuuu

2) merendah diri di hadapan Allah secara rahsia.
-ramai orang boleh menunjukkan kesolehan di hadapan awam tetapi yang paling best bila kita juga menyolehkan diri bila berseorangan. Jangan jadi seperti yang diungkapkan oleh seorang akh, “depan ikhwan akhawat pijak semut tak mati tapi buat maksiat belakang almari.”

Selalunya yang menjadi kesukaan para daei bila menurut firmanNya untuk menjadi rahib di malam hari dan singa di siang hari. Di awam, berdakwah segarang-garangnya, di malam sunyi semua orang berdengkur, dia menjadi rahib yang memuja Allah swt. Pernah seorang ukhti menulis di dinding FBnya, kita ini bangun qiam bukan kerana kita kuat tetapi untuk mencari kekuatan. Kekuatan inilah yang dapat menghidupkan hati kita…tarik nafas, hembus dalam mulut.

Saya? doakan saya pliss…

3) meninggalkan dosa
-Yang ini ada kaitan ngan nombor dua. Sebab, salah satu penghalang dari bangun qiam ialah apabila kita berdosa…T_T

Firman Allah swt,
“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) Bahkan mata hati mereka telah diselaputu kekotoran (Rana), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (83:14)

Rana itu disebut dalam sebuah hadis hasan sahih (riwayat nasai dan tirmidhizi) sebagai titik hitam yang melekat di hati ketika melakukan dosa. Namun bila kita memohon keampunan Allah, ia hilang. Jika ia kembali melakukan dosa, titik hitam itu membesar sehingga hatinya menjadi hitam.

Kalau hati dah hitam, nak hidup macamana ye tak? CPR pun tak berkesan. Tskkk..Tskkk. Marilah, kita bersama-sama menjatuhkan talak pada dosa.. saya memang banyak dosa…lebih-lebih lagi bila duduk rumah dan banyak masa lapang ni….huwaaaaa… đŸ˜¦

-end-of-today-post-but-the-beginning-of-new-tarbiyyah

-tanah90
Johor.

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Budak Usrah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s