[Cerpen] Perlumbaan Ketiga: Arnab dan Kura-kura

Assalamualaikum wrm.

Ada satu cerita kanak-kanak yang saya selalu jadikan inspirasi dalam kehidupan DnT iaitu kisah Arnab dan Kura-kura. Tapi tak berapa syok pula kalau arnab dan kura-kura berbulatan gembira berdua je…Terciptalah watak siput dan ulat beluncas..hohoho…(kredit: Full House)

Kisah arnab dan kura-kura
Gaya budak usrah
Semoga bermanfaat. 😀

[Cerpen] Perlumbaan Ketiga

Uzair baru sahaja selesai menunaikan solat witir apabila dia perasan Ahmad Syakir atau lebih mesra dipanggil Bob masih belum tidur. Kebanyakan orang lain sudah tidur malah lampu utama juga sudah dipadamkan walaupun kedua-dua jarum jam baru bertindih di angka dua belas. Kebiasaannya memang begitu ketika di daurah-daurah mingguan. Peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang dan mengikuti usrah di seluruh United Kingdom akan digalakkan untuk tidur awal agar dapat berqiamullail dalam keadaan yang bertenaga. Dalam samar-samar cahaya, Uzair dapat melihat Bob sedang menyelak-nyelak sebuah buku namun dia kelihatan tidak gembira. Uzair tertarik, timbul rasa ingin tahu apakah yang sedang merunsingkan hati mutarabbinya.

“Bob, baca buku apa?”Dia menyapa sejurus sebelum dia mengambil tempat di sisi Bob. Tubuhnya dibalut dengan beg tidur berwarna merah manakala Bob dilihatnya sudah menyembunyikan kaki di dalam beg tidur. Biarpun alat pemanas masjid a tempat mereka berprogram dan bermalam sudah terpasang, lantai masjid yang menjadi tempat pembaringan mereka masih terasa sejuk.

“Aku tak tahu nak tulis apa, Uzair,”jawab Bob berterus-terang. Uzair menyambut buku yang dihulurkan oleh Bob sambil mengerutkan dahi. Rupa-rupanya buku yang terbentang di hadapannya adalah buku catatan mutarabbinya. Tak banyak yang tertulis di dalam buku tersebut, hampir kebanyakan muka surat hanya bertulis tarikh dan tajuk sahaja. Dia pandang wajah Bob penuh persoalan.

“Sejak bila?” Bob hanya menggeleng.

“Kau mesti ingat aku ni lampi kan?” Kecewa membayangi soalan Bob.Tipikalnya, memang itu tanggapan orang yang melihat sekilas lalu. Lampi itu sebenarnya adalah bahasa pasar yang memendekkan perkataan ‘lambat pickup’; menggambarkan seseorang yang lambat atau susah untuk faham sesuatu. Uzair gigit bibir. Dia merasa kasihan pada adik usrahnya. Perkara seperti itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Lekas dia berfikir, merangka bentuk jawapan yang boleh diberikan.

“Bob, tahu tak ada satu kisah yang lebih kurang macam ni dulu? Mari aku ceritakan ala-ala ‘bedtime story’.” Uzair menepuk bahu Bob, mengajak mutarabbinya itu untuk berbaring di sebelahnya. Bob tersenyum sedikit. Dia merebahkan tubuh dan menarik zip beg tidur sehingga ke paras leher sambil menanti Uzair memulakan cerita.

*****

Setelah sepuluh minit berjalan, kura-kura mula termengah-mengah, apatah lagi bila berat cengkerang yang berada di atas badannya sudah mula terasa. Hari itu, dia berada dalam perlumbaan bersama sang arnah yang beria-ia ingin membersihkan nama nenek moyangnya yang kalah lumba lari dengan nenek moyang kura-kura suatu masa dahulu. Dia memandang ke langit, berharap Allah swt memberikannya kekuatan. Sedang dia mendongak, kaki hijaunya tersadung satu objek kecil.

“Assalamualaikum Siput, kasihannya kau. Ke mana kau nak pergi?” Kura-kura menegur sang siput yang kelihatannya mengesot dengan sangat perlahan, lebih perlahan dari dirinya. Sang siput mengangkat muka.

“Aku nak menonton perlumbaan kamu dan arnab di garisan penamat. Tetapi, aku masih belum sampai walaupun perlumbaan sudah bermula.” Kura-kura tergelak kecil namun hati kecilnya jatuh kasihan pada sang siput. Lantas, dia mengajak sang siput untuk menumpanginya.

“Pegang cengkerang aku elok=elok,”pesan kura-kura sebelum kembali berjalan. Mereka berjalan sehingga tinggal separuh jarak perlumbaan yang tinggal apabila terserempak pula dengan Ulat Beluncas yang baru belajar merangkak.

“Assalamualaikum Ulat Beluncas, kau pun nak pergi tengok bagaimana perlumbaan ini tamat ke?” Kura-kura bertanya mesra. Ulat beluncas tersengih sebelum mengangguk. Kura-kura lantas menyuruh ulat naik ke atas cengkerangnya bersama-sama siput. Kura-kura pun meneruskan perlumbaan sambil menadah telinga pada perbualan sang siput dan sang ulat.

“Wah, lajunya kau lari kura-kura. Macam nak terbang aku,”Ulat Beluncas memuji ikhlas. Dia menngeratkan lagi pautannya pada cengkerang kura-kura agar tidak terjatuh. Siput mengangguk-angguk setuju dengan kenyataan Ulat Beluncas. Kura-kura tergelak. Geli hatinya mendengar pujian kawan-kawannya.

“Arnah lagi lajulah. Entah-entah dia dah sampai sekarang ni,”balas kura-kura selamba. Dia tahu arnab sudah jauh ke hadapan sejak mereka bermula lagi. Kalau ikutkan cerita nenek moyang mereka, arnab kalah kerana tertidur. Tak mungkin arnab akan mengulangi kesilapan yang sama kali ini.

“Eh, tu apa tu?” Sang Siput mengecilkan mata untuk mengamati satu figure berwarna putih yang sedang duduk di bawah sebatang pokok tidak jauh di hadapan mereka.

“Itu Sang Arnab. Dia buat apa kat situ?” Ulat Beluncas menjawab kembali dengan sebuah pertanyaan. Kura-kura cuba memanjangkan leher untuk melihat apa yang dilihat oleh kawan-kawannya dari atas cengkerang.

“Tak mungkin dia tidur. Sang Arnah sangat bijak untuk mengulang kesilapan yang sama,”ujar Kura-kura.

“Kura-kura!”jerit Sang Arnab dari jauh. Kura-kura terkesima. Sang Siput dan Ulat Beluncas apatah lagi. Sang Arnab bukannya tertidur. Dia kelihatan gembira melihat ketibaan Kura-kura seolah-olah memang dia sengaja menanti di situ.

“Kita kan sudah ditarbiyyah. Setiap minggu berbulatan gembira. Aku faham…apa yang penting bukan siapa laju atau siapa lambat. Malah kalau kita ini laju, bukan bermakna kita boleh menyombong diri pada yang perlahan. Yang penting, usaha kita ke arah destinasi kita. Allah swt tak mengira hasil, tapi menilai usaha kita.” Sang Arnab menepuk-nepuk cengkerang Kura-kura penuh kasih sambil memberikan penjelasan. Kura-kura tersenyum lebar. Tak sangka tarbiyyah bulatan gembira begitu berkesan di hati Sang Arnab.

“Aku memang nak bersihkan nama nenek moyang aku tetapi bukannya nak mengalahkan kau di perlumbaan ini. Aku nak mengajak kau melangkah ke garisan penamat bersama-sama. Kalau masuk syurga, tak seronok seorang diri, macam tu jugaklah perlumbaan ni. Tak seronok menang seorang diri,”tambah Sang Arnab lagi. Dia tersipu sekejap bila melihat Sang Siput dan Ulat Beluncas menitiskan air mata kerana terharu.

“Kau ni arnab, buat aku jatuh sayang pada kau. Apa tunggu lagi, jomlah kita jalan sama-sama.” Kura-kura bersuara dengan penuh semangat. Hatinya tak henti-henti mengucapkan syukur pada ilahi yang membenarkan semuanya berlaku.

“Epik betul drama kamu berdua ni,”gurau Sang Siput. Sang Arnab, Kura-kura dan Ulat beluncas semuanya ketawa geli hati. Mereka akhirnya berjalan bersama-sama sehingga tiba di garisan penamat.

*****

Uzair memandang sekilas pada Bob yang sudah lena dibuai mimpi sebelum mengalih pandang pada siling putih masjid. Perbualan dengan Bob sebentar tadi masih mengusik hati.

“Tak dinafikan catatan penting untuk memastikan apa yang kita faham tentang sesebuah pengisian itu tidak salah. Tetapi, apa yang penting Bob, bukan betapa banyak catatan kita tentang sesebuah pengisian tetapi betapa banyak yang kita faham dan kita serap dalam hati dan amalan. Malahan, aku sendiri tak pernah mencatat setiap poin yang ustaz atau naqib bagi ketika usrah, aku hanya tulis apa yang aku faham dan terkesan di hati sahaja. Jadi, untuk usrah kita yang seterusnya nanti mungkin kita boleh berkongsi sesama kita tentang setiap pengisian. Siapa yang cepat faham boleh mantapkan kefahaman, orang yang lambat faham, boleh jadi cepat faham. Orang yang tak faham, boleh mula faham. Akhir sekali, semua orang akan berada dalam zon faham. Betul tak?”

“Betul, abang murabbiku. Sekarang ni saya terbayang saya sebagai kura-kura dalam cerita tadi. Lambat tapi bila jumpa yang lagi lambat, tak sombong. Dia tolong siput dan ulat beluncas. Bila jumpa arnab pula, dia jatuh sayang selayaknya seorang ikhwah yang berukhuwwah kerana Allah dan ingin bersama ke syurga. Macam tulah kita patut buat kan dalam bulatan gembira? Bila kita dah mula buat perkongsian nanti, harap-harap bolehlah saya tulis serba-sedikit dalam buku usrah. Boleh buat rujukan, bukan faham semberono je.” Bob sudah kuyu matanya. Suaranya perlahan dan meleret-leret ketika berkata-kata. Ada dua tiga butir percakapannya yang tidak jelas. Uzair tersengih geli hati. Dia tidak menjawab, hanya membiarkan sahaja mutarabbinya itu tertidur.

Uzair menghembus nafas perlahan. Perlahan-lahan dia mengeluarkan mp3 kecil Sony Ericsson dari dalam poket seluar. Penuh berhati-hati, dia menyelitkan mp3 yang juga boleh berfungsi sebagai alat perakam di bawah beg tidur kepunyaan Bob. Sengaja sudut tersebut dipilih kerana dia pasti sudah tiada di situ sewaktu Bob mengemas beg tidurnya pagi esok. Sekeping kertas turut diselitkan.

20131026-105123.jpg

-Tamat-

-tanah90
Johor

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Cerpen and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s