Allah’s Beautiful Names 3.0 [Special Edition]

Assalamualaikum wrm.

Special Edition mesti ada intro yang istimewa jugak kan? Tak boleh copy paste dari Allah’s Beautiful Names 1.0 atau 2.0. Sebenarnya tak adalah special edition sangat pun, cuma kali ni berbeza sikit sebab saya ingin mengreflek bukti Allah swt memiliki kuasa-kuasa hebat dan indah serta kool ini pada pengalaman saya ambil lesen memandu. Road to Jannah eheh ;p. Jadi mungkin ianya special edition buat saya. Akan tetapi, sekiranya post ini terklik, terbaca, terbuka oleh anda, mungkin jugak special sebab selain berkenalan dengan lebih dalam lagi dengan Allah swt, boleh juga berkenalan dengan saya dan amik tahu macamana saya berusaha menyelitkan keberadaan Allah dalam setiap refleksi diri saya. aha, tupun kalau nak tahulah… 😀

1) Al-Azim
Yang Maha Besar a.k.a The All Glorious

Kalau dipetik dari surah Al-Baqarah ayat 255 (ayat kursi), terjemahan yang diberikan ialah yang maha besar. Tetapi, bagi saya macam Yang Maha Agung je lebih sesuai. Sebab nak gambarkan ke’glorious’an Allah tu, memang susah nak cari perkataan yang sesuai. Yang ni saya teringat waktu saya dalam proses nak tempah tarikh ujian. Waktu tu saya macam risau dan ada jugak gelisah mencuit-cuit sebab tarikh ujian yang dia bagi pada saya lebih kurang dua minggu lagi. Lama jugak waktu tu sampai mak saya pun risau saya terlupa apa yang cikgu saya ajar. Malahan, cikgu saya pun siap tanya saya, saya ingat ke apa yang dia ajar bila saya cakap saya tak tambah masa belajar. Tetapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Bila bayangkan kebesaran dan keagungan Allah ni, saya terfikir yang Allah swt dah merancang segalanya sejak awal. Allah swt dah tahu saya sesuai untuk ambil ujian pada hari tersebut walaupun lama lagi. Mungkin saya akan terlebih yakin kalau saya ambil ujian tu lebih awal, atau kurang konfiden kalau terlewat. Sebagaimana Allah sebut dalam salah satu madah cinta-nya dalam Al-Quran, (2:216), mungkin apa yang kita nak tu tak baik untuk kita, Allahlah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, memang ternyata hebat Sang Pencipta kita ini sebagai Al-Azim.

2) Al-Alim
Yang Maha Mengetahui a.k.a The All Knowing

“Sungguh, Tuhanmu, Dialah Yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui.” (15:86)

Bila Allah swt memperkenalkan diriNya sebagai ‘Super Creator’, diriNya sebagai Super Know Everything ‘ juga turut diberitahu. Seolah-olah nak memberitahu kita mengapa Dia tahu semuanya kerana Dia yang telah menciptakan semuanya. Kalau ikut dalil aqli kita yang sehat sejahtera ini pun pasti kita sedar tak mungkin pencipta tidak tahu segalanya tentang hasil ciptaannya sendiri. Allah swt juga telah menciptakan saya, maka saya yakin Allah tahu betapa saya memerlukan lesen memandu dengan bayaran yang murah sebab saya ini menganggur dan perlukan lebih duit untuk perkara lain. Saya juga perlukan lesen tersebut dengan cepat untuk memudahkan saya ke sana ke mari bukan sahaja untuk membina kerjaya tetapi untuk ke program-program atau tugasan-tugasan membina diri menjadi murabbi dan mutarabbi berjaya. Kerana semuanya ini dalam pengetahuan Allah swt, saya yakin semuanya yang tersusun untuk saya adalah susunan Allah swt. Walaupun saya memilih pakej termurah (tak boleh pilih cikgu, masa etc), Allah swt telah menghadirkan untuk saya cikgu termahal yang rupa-rupanya adalah juruajar ‘first class’ yang hanya boleh mengajar saya sekiranya masa belajar memandu saya tidak bertindih dengan masa beliau mengajar calon-calon yang memilih pakej ‘first class’. Alhamdulillah, 4/5 kelas memandu saya diajar oleh beliau yang sangat professional dan sentiasa memberi tips-tips berguna.

3) Al-Qadir
Yang Berkuasa a.k.a The Powerful

“Katakanlah (Muhammad),”Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu dari atas atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebagian kamu keganasan sebagian yang lain.” Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kekuasaan Kami) agar mereka memahaminya.” (6:65)

Antara satu peristiwa ketika ujian memandu saya ialah bila saya dengan suka hatinya masuk lorong kanan dan masuk balik lorong kiri dalam masa beberapa saat dan saya terlupa sebenarnya nak tengok kiri ada kereta ke tak. Mengenali Allah swt sebagai Al-Qadir, sedangkan azab pun seakan memetik jari sahaja, apatah lagi berkuasa menjadikan kemalangan untuk saya. Boleh sahaja ada lori muatan berat sedang menyusuri lorong kiri terbabit sebab jalan itu memang jalan utama untuk lori-lori muatan sebegitu. Ataupun boleh sahaja pakcik JPJ menggagalkan saya kerana sebab di atas. Atas kuasa Allah swt, saya dan pakcik JPJ terbabit selamat sampai ke destinasi. *senyum lega*

4) Al-Muqtadir
a.k.a The Prevailing

“Sungguh, orang-orang yang bertakwa berada di taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Mahakuasa.” (54:54-55)

Teringat pulak pada slogan The Amazing Race terbaru yakni ‘We haven’t run out of amazing things to say.’ Walaupun sudah bercakap tentang kuasa Allah swt melalui karakter-Nya sebagai Al-Qadir, masih banyak lagi yang boleh disembangkan tentang Allah swt yang ada kuasa super dengan nama-nya Al-Muqtadir. Dalam sembang-sembang dengan beberapa orang calon yang ada, saya dapat tahu rupa-rupanya ada satu kereta yang mempunyai ‘handbrake’ yang keras. Lenguh kalau nak tarik habis dan menyebabkan beberapa calon terutamanya perempuan gagal sebab kereta berundur sewaktu di bukit bila brek kaki dilepaskan. Waktu saya dapat tahu tu, saya baru habis giliran saya dan saya cam terpaku sekejap sebab kereta yang saya dapat ialah kereta yang sangat best. 😀 Waktu tu, saya memang membayangkan betapa hebatnya kuasa Allah meletakkan saya di kereta yang Dia kehendaki. Malah, kuasa Allah ketika menggerakkan kaki saya untuk tekan brek di waktu dan tempat yang betul sehingga saya boleh selesaikan ujian kereta bahagian II dengan baik.

5) Dhul Jalal Wal Ikram
Pemilik Keagungan dan Kemuliaan a.k.a The Lord of Majesty and Generosity

“Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.” (55:78)

Alhamdulillah, kerana rahmat dan belas kasihan Allah yang memiliki keagungan dan kemuliaan ini, saya akhirnya menjadi pemandu ‘halal’ di atas jalan raya. Ini hadiah untuk ummah saya kira. Untuk keluarga juga tapi family saya dapat lebih sikit. Kih kih. Dapat ayam bakar. 😀

Wallahualam. Segala puji-pujian untuk Allah swt yang telah mempermudahkan segala-galanya untuk saya. :’)

-tanah90

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Asma' Allah and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment