Allah’s Beautiful Names 5.0 [Last Edition]

Assalamualaikum wrm. 🙂

Alhamdulillah, setelah berakhirnya projek of the year saya isnin yang lepas, dapatlah saya kembali memeriahkan blog ini yang ternyata sudah berhabuk, bersawang, berdebu dan lain-lain perkataan yang seumpama dengannya. Hari ini hari Khamis kan? 26 Disember… Kalau kat UK, inilah harinya duit jadi bos iaitu Boxing Day. Haha.. Tapi, abaikan je pasal Boxing Day sebab seperti tertulis di dalam tajuk, hari khamis ialah hari belajar nama-nama cantik Allah SWT. Yang ini lagi best dan semestinya kool sebab hari-hari Dia jadi bos kita. Oklah, cut the chase…

Kita mulakan dengan yang pertama…

1) Al-Wahid
Yang Satu, Yang Esa a.k.a The One

“… (Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!”
(Al-Ghafir: 16)

Waktu sekolah agama dulu, ustazah dan buku teks selalu menyebut antara bukti Allah SWT sebagai Al-Wahid ialah cantiknya susunan alam dan pusingan kehidupan kita. Tak ada campur-aduk atau berubah secara tiba-tiba. Kalaulah ada Tuhan yang kedua selain Allah, pasti berlakunya hiruk-pikuk dalam susunan alam dan pusingan kehidupan kita. Contohnya, sebatang pokok mungkin mengeluarkan buah mengikut kehendak Tuhan yang pertama, dan seminit selepas itu pokok tadi berubah menjadi pokok bunga pula kerana mengikut kehendak Tuhan yang kedua. Alangkah haru-birunya dunia! Oleh sebab itu, ianya sesuatu yang pasti Allah SWT selayaknya adalan Al-Wahid. Dan, seharusnya kita berbangga dan bertambah cinta kepada-Nya.

2) Al-Rauf
Yang Penyantun a.k.a The Gentle

“Dan kalau bukan kerana karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu (niscaya kamu akan ditimpa azab yang besar). Sungguh, Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang.”
(An-Nur: 20)

Subhanallah. Ayat di atas ni memang tak perlu diterangkan lagi bila mengatakan betapa Allah sangat menyantuni hamba-hamba-Nya. Kan?

3) Al- Muqaddim
Yang Maha Mendahulukan a.k.a The Promoter, He Who Brings Forward

Menurut majalah Muzakki yang saya godeh-godeh secara online, ulama’ memaknai nama yang cantik ini sebagai Dzat yang mendahulukan petunjuk sebelum peringatan-Nya, mendahulukan peringatan sebelum siksa-Nya. Seperti yang disebut dalam AlQuran,

“Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberi anacaman kepadamu.”
(Qaf: 28)

4) Al-Mui’d
Yang Mengembalikan/Menghidupkan Setelah Mati a.k.a The Restorer

“Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati)”
(Al-Buruj: 13)

Saya dapati Allah sebagai Al-Mui’d memberi janji yang pasti kepada kita bahawa sekiranya kita benar-benar beriman, berusaha keras di dunia untuk agama-Nya, insha-Allah kita akan dapat bertemu kembali dengan Allah SWT dalam keadaan baik-baik sahaja. Insha-Allah ye. Moga kita mati dalam keadaan husnul khatimah dan Allah menghidupkan kita kembali setelah mati juga dalam keadaan yang hasan.

5) Ash-Shahid
Yang Menyaksikan a.k.a The Witness

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan ?”
(Al-Imran: 98)

Bila belajar SH ( Syahadatul Haq by Abu A’la Maududi), apa yang kita cuba nak faham daripada pengertian saksi ialah seorang saksi itu memberikan keterangan tentang apa yang dilihatnya. Kalau sekadar tengok atau tonton, mungkin dah diterangkan waktu kita cerita pasal Allah sebagai Al-Basir. Tapi, bila sebut tentang Ash-Shahid, kita tahu Allah akan beri keterangan ke atas kita tentang apa yang Dia lihat kita dah buat.

6) Al-Majid
Yang Maha Mulia a.k.a The Noble

Saya akhiri tab Asma’ Allah dengan Allah sebagai Al-Majid sebab pada pendapat saya, unsur kemuliaan Allah SWT terdapat pada semua nama-nama-Nya yang cantik. Dialah yang paling mulia kerana Maha Melihat Segalanya (Al-Basir), Dialah yang termulia kerana hanya Dia Yang Esa, Yang patut disembah (Al-Wahid, Al-Somad) dan pelbagai lagi. Tiada yang dapat mengatasi kemuliaan Allah SWT kerana Dia yang memiliki kita dan seluruh isi dunia.

Jadi, berkenaan dengan keagungan dan kemuliaan Tuhan kita, maka hamba-hamba yang baik harus ikhlas, bersungguh-sungguh, dan tulus dalam beribadah kepada-Nya, maupun dalam semua perbuatan kita untuk mencari keredhaan-Nya, mendapat kekuatan dan kemuliaan dengan sendiri-Nya.
(petikan dari kolum Asmaul Husna (Al-Majid), majalah Muzakki keluaran Februari 2013)

Penutup

Alhamdulillah, tamat sudah sesi belajar nama-nama cantik Allah SWT di blog saya untuk yang sudi membaca. Biarpun tak banyak, lima sesi darab purata enam asma’ Allah, adalah dalam tiga puluh nama yang saya nukilkan. Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. Segalanya adalah pengajaran untuk saya sendiri sebagai orang pertama yang membaca.

We play like champion, we act like champion. (Coach Carter)

Saya ubah sedikit kuot daripada filem ni. We are muslim, We act like one. Semoga kita dapat menjadi hamba-Nya yang paling cinta kepada-Nya, dan yang menyerap paling banyak manfaat daripada Asmaul Husna ini. Tunjukkanlah pada dunia, kitalah penganut agama-Nya. May in the hereafter, cinta kita kepada Allah SWT membawa kita bertemu dengan-Nya di syurga.

p/s:
-Kebanyakan Asmaul husna diambil dari board game Quran Challenge dan rancangan Indahnya Iman di saluran Astro Oasis 106. Terjemahan quran dari aplikasi quran explorer dan Alquran. Ada juga sumber rujukan dari majalah I am Muslim dan majalah Muzakki selain tadabbur saya sendiri.
-Untuk lebih daripada sekadar apa yang terdapat di siri Allah’s Beautiful Names di blog ini, boleh rujuk dua-dua majalah yang saya sebutkan di atas. Mereka ada kolum khas untuk nama-nama cantik Allah SWT.
-InshaAllah, lepas ni nak berpindah ke topik yang merupakan feveret saya hihi iaitu interaksi dengan Quran.

Wassalam.
-tanah90

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Asma' Allah and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s