[Ukhuwwah] Taaruf yang mendalam

[Ukhuwwah] Taaruf yang mendalam

Assalamualaikum wrm.

20140108-125729.jpg
kredit gambar

Pertama kali nak tulis pasal ukhuwwah ni, sebenarnya dalam hati ada ralat jugak sebab hubungan persahabatan dan ukhuwwah saya dengan akhawat-akhawat lain masih lagi di tahap biasa-biasa sahaja. Ada pula yang agak rumit sikit statusnya. Saya akui semua tu memandangkan saya ni masih lagi mendidik diri menjadi ‘people person’.

Tapi, saya juga punya beberapa orang akhawat yang saya anggap sebagai ‘Harun’ saya. Kadang-kadang, saya yang bertindak sebagai ‘Harun’ mereka. Kami bekerja bersama-sama seperti lagaknya Harun a.s dan Musa a.s. Ada juga masa-masa kami berbalah semirip apa yang dialami oleh Harun a.s dan Musa a.s. Bila mengingatkan saat-saat bersama mereka ini, saya jadi tersentuh dengan puisi Salim A.Fillah , Pernah Ada Masa-masa.

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT yang telah menghadirkan mereka semua dalam hidup saya. Sepanjang perkenalan kami, semakin banyak takungan perkara yang kami ketahui tentang satu sama lain. Saya berharap dan berdoa agar perkara-perkara ini tidak menjadi gunung pemisah antara hati-hati kami melainkan mengukuhkan lagi jambatan yang menghubungkan hati-hati yang basah ini.

Dalam post ini, saya ingin kongsikan tanggapan Umar Al-Khattab tentang ukuran sesebuah taaruf yang mendalam. Pendapatnya mengajak kita bermuhasabah tentang kedalaman ukhuwwah kita pada ikhwah/akhawat yang kita cintai.

******
Salim A.Fillah menceritakan dalam bukunya, Dalam Dakapan Ukhuwwah tentang satu saat ketika seseorang memuji kawannya dalam persaksian sebagai orang yang baik. Umar bertanya padanya, “Apakah engkau pernah memiliki hubungan dagang atau hutang-piutang dengannya sehingga engkau mengetahui sifat jujur dan amanahnya?”

“Belum,”jawabnya ragu.

“Pernahkah engkau,”cecar Umar,”Berselisih perkara dan bertengkar dengannya sehingga tahu bahwa dia tidak fajir kala berbantahan?”

“Ehm juga belum.”

“Pernahkah engkau berpergian dengannya selama sepuluh hari sehingga telah habis kesabarannya untuk berpura-pura lalu kamu mengenali watak-watak aslinya?”

“Itu, itu juga belum.”

“Kalau begitu, pergilah kau, hai hamba Allah. Demi Allah, kau sama sekali tidak mengenalnya!”

Begitulah Umar memberi ukuran sebelum kita mengaku mengenali seseorang sebagai orang yang baik ataupun tidak. Begitulah juga menurut pandangan saya tentang taaruf yang mendalam. Ukuran yang diberikan oleh Umar Al-Khattab ini boleh kita jadikan kayu ukur sejauh mana atau sedalam mana kita mengenali seseorang akh atau ukht yang kita cintai. Sudahkah kita mengetahui kedua-dua sisi peribadi sahabat kita? Apakah kita tahu tentang sikapnya terhadap harta, ketika berhujah dan ketika bermusafir sedangkan itu merupakan perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu untuk mengukuhkan lagi ukhuwwah yang terbina. Dengan mengambil kira semua ini, setinggi manakah thiqah dan kepercayaan yang kita letakkan pada tali ukhuwwah kita? Tanpa semua ini, bagaimana kita hendak mengaku mempunyai hubungan persahabatan yang erat, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas?

Sahabat itu adalah dia yang menerima kedua-dua sisi peribadi kita yang baik mahupun yang kurang baik.

Saya sentiasa percaya walau macamana sekalipun sikap buruk yang terkeluar, keikhlasan berukhuwwah yang berpaksikan keimanan pasti kembali kukuh akhirnya. Iman pasti dapat menewaskan dia yang bernama ego. Dada akan semakin lapang dan hubungan akan semakin telus. Kita akan semakin mempercayai sahabat kita kerana dia masih lagi bersahabat dengan kita setelah mengetahui sikap buruk kita. Kita juga akan mendapat sokongan dan nasihat yang tulus daripada sahabat itu supaya kita meninggalkan sikap-sikap buruk yang terpamer. Ini semua menyuburkan lagi ikatan-ikatan hati kita dengan kepercayaan yang semakin menebal dan kasih sayang yang terus-terusan bertambah. Semakin kukuhlah tembok ukhuwwah kita daripada virus-virus yang berpotensi menjadi perosak.

Dalam banyak-banyak akhawat yang saya kenal, mungkin hanya ada seorang dua yang saya boleh akui saya mengenali mereka sedalam-dalamnya. Ada seorang akhawat yang saya pernah berikan kad ATM saya. Dia tahu nombor pin saya. Ada pula akhawat yang sering bertelagah dengan saya meskipun dalam hal-hal kecil. Musafir apatah lagi. Alhamdulillah, dengan mereka semua ini, saya masih berhubungan dengan baik.

Biarpun seolah-seolah saya sedang mengalakkan kita untuk mengukur ukhuwwah kita dengan orang lain, seharusnya kitalah yang mengukur siapakah kita dalam berukhuwwah dengan orang lain. Siapakah kita ketika sahabat kita memberikan kita kepercayaan tentang harta mereka atau mempunyai urusan hutang dengan kita, siapakah kita ketika berbeza pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara atau urusan, siapakah kita ketika bermusafir dengan sahabat-sahabat?

Seorang ukhti pernah berpesan dengan saya, sekiranya hubungan saya dengan seseorang tergugah oleh sesuatu sebab atau peristiwa, tak perlu saya persoalkan kenapa dia buat saya begini atau begitu tetapi apa yang saya perlu buat ialah menyoal diri saya, kenapa saya buat begitu dan begini kepada sahabat saya tu. Tak dinafikan, kadang-kala ego lebih menguasai jiwa kita tetapi seperti yang saya katakan, ego tak akan menang dengan iman. Bukankah asas persaudaraan dalam islam itu ialah iman? Seperti yang diungkapkan oleh Salim A.Fillah dalam puisinya Kubaca Firman Persaudaraan, kalau sahaja hubungan kita kering, periksalah iman kita yang mungkin dalam keadaan compang-camping.

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara… ” (49: 10)

Akhir kata, biarlah saya menggariskan rumusan artikel ini dengan gaya ala-ala pemidato terbaik peringkat kebangsaan. Asas sebuah ukhuwwah itu ialah taaruf yang mendalam. Bukan sekadar mengetahui kegemaran atau kebencian seseorang. Bukan juga sekadar mengetahui perkara asas seperti keluarga, tarikh lahir dan alamat rumah. Kalau itu sahaja yang kita tahu, rupa-rupanya kita hanya mengocak permukaan kolam ukhuwwah, belum lagi kita berenang mahupun menyelam ke dalamnya.

Semoga ukhuwwah sesama kita bertambah rancak bidznillah. Doakan saya jadi lebih sociable untuk menjalinkan jaringan ukhuwwah yang tak mudah rosak setiap kali disapa angin.

20140108-125809.jpg
kredit gambar-aljazary

-tanah90

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in Tinta Tarbiyyah, Ukhuwwah and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s