Interaksi dengan Quran 2.0 (Untuk Kita)

Assalamualaikum wrm.

Adalah disclaimer terlebih dahulu, bahawa apa yang tertulis ini bukanlah rekaan semata tetapi perkongsian kefahaman tentang tajuk ini yang sering dibawakan oleh naqib/ah usrah mahupun muwajjih-muwajjih ketika daurah. Adapun saya sendiri hanya membina kefahaman melalui sumber-sumber yang disebutkan ini dan belum berkesempatan membaca tulisan Yusuf Qardhawi tentang tajuk ini. Maka untuk lebih penjelasan, butiran mahupun contoh-contoh, bolehlah diminta pada yang lebih arif seperti kakak-kakak atau abang-abang usrah ataupun lebih baik daripada ustaz-ustaz yang dihormati dan dikasihi.

Dalam post yang terdahulu, saya lompat sekejap ke bahagian keempat. Tetapi, biarlah saya aturkan kembali mengikut hak-haknya. Justeru, persoalan yang boleh dijadikan permulaan ialah…
“Kenapa kita zaman sekarang bila baca Quran atau dengar orang baca Quran, kita tak rasa ada apa-apa pengaruh?”

Macam para sahabat dulu kan? Mindsetting dan kehidupan mereka terus berubah sebaik sahaja Quran menyapa mereka. Umar al-khattab masuk islam kerana lembaran Quran di rumah adiknya, Fatimah. Bila sekumpulan orang-orang Madinah mendengarkan Quran daripada Rasulullah SAW, terus mereka juga pulang ke Madinah dan menyebarkan islam. Tetapi kita? Adakah masalahnya pada kita ataupun Quran?

Benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau. Jika sebaliknya yang berlaku, bukanlah benih yang baik itu perlu dimuhasabahkan tetapi tempat dicampakkannya itu perlu dikaji. Macam gitulah juga Quran yang sudah tentu pemberian terbaik daripada Allah SWT sehinggakan tersenarai sebagai mukjizat sang nabi. Kalau bermasalah pada impaknya, tiada yang lain perlu dikoreksi melainkan si pembacanya. Jadi, sebagai pembaca, perlulah kita melihat cara kita berinteraksi dengan Quran. Agar intipatinya dapat kita tadah dan telusuri, lalu menyemarakkan cinta kita pada agama ini dan pemilik-Nya, lalu memberi kesan pada kehidupan kita.

Kita sudah pun mulakan tajuk ini dengan bahagian pertama tentang berinteraksi dengan Quran melalui sirah, kini kita beralih kepada bahagian yang termudah sekali iaitu berinteraksi dengan Quran dengan merasakan Quran itu untuk kita.
20140205-130814.jpg
kredit

*****
Untuk siapa Quran ini?

Kita yang tak faham Bahasa Arab sepenuhnya, cenderung untuk melihat terjemahan Bahasa Melayu untuk faham ayat-ayat Quran yang kita baca. Adapun Bahasa Melayu hanya mampu bertindak sebagai bahasa kedua dan mengungkapkan apa yang boleh diungkapkan dalam bahasa itu – betul tetapi tidak tepat kepada makna sebenar yang mungkin terdapat dalam bahasa pertama yakni Bahasa Arab.

Sebab itulah, bila kita baca Quran dan terjemahan Bahasa Melayunya, kadangkala kita rasa Quran ini untuk Muhammad SAW sahaja kerana kita baca bulat-bulat ayat-ayat terjemahan seperti “Katakanlah (wahai Muhammad)” ataupun “Engkau (Muhammad)”. Contohnya seperti dalam surah Ta-ha ayat 2 dan surah Al-Ikhlas ayat 1 (bukak Quran masing-masing). Kata ganti nama ‘ka’ dalam kalimah a’laika dalam surah Ta-ha ayat dua dibaca ‘kepadamu (wahai Muhammad)’ dan kata arahan qul dalam surah Al-Ikhlas pula menjadi ‘katakanlah (wahai Muhammad)’.

Walaubagaimanapun, Al-Quran ini diturunkan kepada seluruh umat, kita juga membacanya, Allah swt juga sedang berinteraksi dengan kita melalui Al-Quran ini… maka, Al-Quran ini semestinya untuk kita jugak, betul tak? Jadi, di waktu kita sedang membaca Al-Quran, perlulah kita merasakan Quran yang sedang dibaca itu untuk kita. 😀

Quran kita, Quran orang

Bayangkan kita curi baca surat cinta diantara dua orang lain yang tengah bercinta (tak kisahlah kita kenal ataupun tidak couple yang terlibat dalam kes ni). Apa yang kita rasa? Tak mungkin kita turut merasa apa yang dirasa oleh couple tersebut. Kalaupun ada perasaan yang menjelma, itu hanya perasaan ‘tumpang-tumpang’ sahaja. Tumpang gembira, tumpang jeles, tumpang marah dan sebagainya.

Macam gitulah jugak kita dengan Quran sekiranya kita membuatkan diri kita sekadar ‘tumpang-tumpang’ sahaja ketika membaca bulat-bulat terjemahan-terjemahan yang mengandungi nama Muhammad SAW. Cuba bayangkan kalau Al-Quran itu memang surat cinta untuk kita, Al-Quran itu kita yang punya, bukan orang lain. Kita akan rasa sangat special di hati. Akan terbit ‘feeling’ bahawasanya, ‘oh, dalam ramai-ramai manusia di alam ini, Allah swt tengah bercakap dengan aku’. Kita akan rasa syok dengan surat cinta a.k.a Al-Quran yang sedang dibaca dan mengalu-alukan ia untuk mempengaruhi kehidupan kita. Barulah, kita akan rasa terhibur dengan ayat-ayat pujukan, rasa taat pada ayat-ayat perintah, rasa perlu mengambil iktibar daripada ayat-ayat penceritaan, rasa insaf pada ayat-ayat ancaman dan bermacam-macam lagi bentuk rasa.

Hadis surah Fatihah

20140205-130640.jpg

Seperti mana yang disebutkan di dalam hadis, setiap ayat yang kita lafazkan, Allah swt menjawabnya. Begitulah seharusnya kita merasakan setiap kali membaca Quran. Rasakan bahawa Allah swt sedang berinteraksi dengan kita, sedang mendengar dan membalas perbualan kita. Bacaan kita bukanlah sehala tetapi dua hala sebenarnya. Kan indah macam tu? Begitulah rasanya berinteraksi dengan Quran dengan merasakan Al Quran itu untuk kita dan Allah swt sememangnya sedang berkata-kata dengan kita.

Next Step: Dhomir

Justeru, Quran itu sememangnya untuk kita. Untuk merasakannya, pastikanlah setiap dhomir (kata ganti nama) di tempat yang bersesuaian adalah kita. Maksudnya, jika Allah swt menyebut ‘kamu’ di dalam susunan ayat-ayat cinta-Nya yang indah, rasakanlah kamu itu adalah diri kita sendiri. Jika ‘kamu’ itu dihubungkan dengan orang-orang beriman, rasakanlah kita itu adalah orang-orang beriman. Jika ‘kamu’ itu dihubungkan dengan orang-orang kafir, munafik dan sebagainya, rasakanlah kitalah yang disebutkan itu dan Allah swt sedang menegur kita.

Samalah jugak dengan kata arahan. DI setiap kata yang diperintahkan seperti contohnya ‘tunaikanlah solat’, ‘keluarkanlah zakat’, ‘bangunlah’, ‘katakanlah’ dan sebagainya…tambahkanlah nama kita sendiri di hujung untuk kita betul-betul merasakan setiap perintah itu ditujukan kepada kita. Insha-Allah, berkesanlah hendaknya cara ini dalam memperbaiki hubungan kita dengan Quran dan seterusnya memberi kesan dalam hubungan kita dengan Sang Pencipta.

*****
Sampai di sini sahaja insha-Allah. Moga diberi kesempatan untuk menulis bahagian-bahagian seterusnya bidznillah.

Wassalam.
-tanah90

Advertisements

About tanah

Just Allah's slave. seeking for a truth over a truth, love over love, strength over a strength, barakah over barakah, mardhotillah over mardhotillah and heaven after world.
This entry was posted in interaksi dengan Quran, Tinta Tarbiyyah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s